Jumaat, Januari 08, 2021

MTV Karaoke Album Kembali - Part 1

Album ketiga kumpulan Feminin yang diberi nama 'Kembali', adalah sebuah album transisi Feminin dari remaja ke alam kedewasaan. Album ini dibuat dengan lebih teliti khususnya dari segi pemilihan material serta susunan muzik. Hasilnya ia berjaya menampilkan sisi matang kumpulan Feminin dalam menghasilkan produk seni. Jom kita nikmati 5 lagu-lagu hebat nyanyian Feminin yang dipetik dari side A album ini. Selamat Tahun Baru 2021!



Lagu 'Kehadiran' merupakan single pertama untuk album Kembali. Lagu yang mesra pendengar dan menyegarkan ini pantas menjadi popular dan terus diminati sehingga kini.



Bagi peminat sejati kumpulan Feminin, lagu Bayangan Merbahaya ciptaan Paul Moss ini mungkin kedengaran agak sedikit 'kasar'. Namun itulah kelainan yang mereka cuba tampilkan.



Lagu Hanya Sekali pula adalah sebuah karya M.Nasir yang dinyanyikan semula dengan susunan muzik yang lebih kehadapan. Hasilnya tidak mendukacitakan bila mana lagu ini diterima pendengar dan Feminin berjaya lari daripada gaya penyanyi asal lagu ini.



Satu langkah yang boleh dikira berani apabila Feminin memilih lagu daripada komposer baru untuk diangkat sebagai tajuk album. Lagu ini selari dengan gaya Feminin sejak awal kemunculan mereka. Mungkin sebagai buah tangan kepada penyokong Feminin sejak awal kemunculan mereka.



Lagu Ride and Slide adalah satu eksperimen Feminin dalam menyampaikan lagu berbahasa Inggeris. Ternyata usaha ini satu yang tidak sia-sia apabila lagu Feminin berjaya dimainkan di rangkaian radio bukan bahasa Melayu dan seterusnya melebarkan lingkungan peminat mereka.