Rabu, Mac 07, 2012

Photos Collection - Showtime! (Part 1)

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berkongsi minat 1Feminin kepada semua. Fokus untuk entri kali ini adalah kepada koleksi gambar persembahan yang pernah dijayakan oleh Feminin. Terima kasih kepada Gang of Feminin yang sudi berkongsi bahan dan kenangan terindah anda bersama-sama. To all... it is FEMININ Showtime!!!


Persembahan di Dataran Merdeka. Antara tempat popular untuk para artis melakukan persembahan dari dulu hingga kini.

Mendendangkan lagu 'Kini' ketika menyertai Konsert Warner Music. Antara kapsyen menarik ketika Feminin membuat persembahan. Thumbs up to photographer!

Menjayakan Konsert Tahun Baru anjuran Kumpulan Utusan. Pemilihan busana rugged ala Feminin yang memang menjadi! Dipadankan pula dengan aksesori tali leher dan tali pinggang.


Persembahan pada Anugerah Muzik Video. Antara acara anugerah utama negara dahulu sementelah dengan 'selera' artis ketika itu menghasilkan MTV-MTV yang berstandard antarabangsa. Namun anugerah ini telah berkubur atas faktor kewangan.

Feminin mendendangkan lagu 'Ride & Slide' bersama-sama penari latar mereka D'Boyz.

Pemilihan warna hitam menambahkan lagi ciri-ciri sofistikated Feminin yang disulami dengan gerak tari lincah mereka!


Persembahan di Pesta Konvokesyen. Dahulu pihak Universiti agak terbuka dalam menerima artis untuk sama-sama menjayakan Pesta Konvokesyen mereka. Kini hanya tinggal kenangan... hanya artis berakhlak A (pada penilaian pihak Universiti) sahaja yang layak masuk ke kampus mereka.

Menyampaikan lagu berhantu mereka 'Untukmu' dan 'Rentak Disko 123' pada Konsert Pesta Konvo UKM.

Ini pula aksi mereka di Konsert Pesta Konvo UUM. Ketika ini, mereka mendendangkan lagu 'Kini' dan 'Rindu'.


Persembahan-persembahan lain Feminin di tempat terbuka...

Show mereka di Panggung Anniversari Kuala Lumpur. Feminin dengan Lagu 'Untukmu' yang disampaikan secara 'live'.

Trademark tangan ke hadapan Feminin ketika mempersembahkan lagu 'Untukmu'.

Ini pula Feminin semasa menjadi artis undangan untuk Pertandingan 'Lux Singing Sensation' 1996 @ Live Centre Kuala Lumpur. Feminin turut merupakan duta Lux ketika itu.

Di Hard Rock Cafe semasa pelancaran album 'Untukmu'.


Persembahan di RTM. Tidak dapat dinafikan RTM merupakan antara medium yang sering mengundang Feminin untuk menjayakan rancangan terbitan mereka.

Rakaman HMI dengan lagu dendangan 'Cinta Abadi'.

Kenangan ketika menjayakan Konsert Senandung Serumpun RTM-TVRI. Feminin mewakili segmen artis remaja dengan lagu 'Rindu' manakala Indonesia dengan AB Three.

Sebagai artis jemputan HMI bersama Ning Baizura. Ketika ini mereka mendendangkan lagu 'Kehadiran'.

Masih dalam rancangan HMI bersama Ning Baizura. Ini pula semasa mereka menyampaikan fast song 'Pesanan'.

'Secret' from Feminin @ Fiesta HMI bersama Ziana Zain dan Amelina.

Ini hanyalah antara memori kita bersama Feminin suatu masa dahulu. Memang 'priceless' dan hanya kita yang tahu menilainya. Kepada gang yang lain... jika ada bahan bernilai berkenaan Feminin mohon kongsi pada kami untuk dipaparkan dalam blog ini... Feminin is OK!