Rabu, Mei 23, 2012

Our Own 4shared Account & Youtube Channel

Because of our love and in-depth interested with Feminin, finally we are proudly announce that we are managed to develop our own 4shared account and YouTube channel.

Feel free to visit our 4shared account @ http://www.4shared.com/account/dir/cPhu62vU/_online.html to download all Feminin songs and our YouTube channel @ http://www.youtube.com/user/JustFeminin?feature=mhee to watch all Feminin MTV and TV performances.
4shared account, search : justfeminin

YouTube channel, search : JustFeminin


We hope these initiatives will help all Gang of Feminin Fan to get to know Feminin better as well as tools for us to get closer and sharing information all about Feminin. Happy surfing...

Rabu, Mei 02, 2012

FEMININ Kumpulan Rap Wanita Tempatan Yang Pertama

Artikel diambil daripada Utusan Malaysia

Lima gadis remaja Kuala Lumpur merasa bertuah apabila berjaya menjadi artis rakaman rap wanita pertama di negara ini.

Menamakan diri mereka 'FEMININ' remaja kota sebelum ini merupakan penari Edrina Collection di bawah pengurusan Eddriss Razhe sejak lebih setahun lalu.

Bagaimanapun, Eddriss yang mendapati gadis berkenaan sangat berbakat berusaha menjadikan mereka artis rakaman dengan syarikat tempatan.

"Kami memilih NSR kerana saya dapati syarikat ini masih belum mempunyai kumpulan rapnya sendiri," kata ketua kumpulan, Asfarina Mohamad, 17 tahun.

Tambahnya, dia dan rakan-rakan berasa amat bertuah kerana NSR sudi mengambil mereka sebagai artis rakaman dengan kontrak selama dua tahun dan setahun kontrak pilihan.

"Kami berjanji akan mempelajari tarian rap yang lebih baik dan berlainan daripada kumpulan yang sedia ada," jelasnya sambil memberitahu makanan kegemarannya ialah nasi goreng ayam dan bercita-cita mahu menjadi pramugari. 

Noor Intan Zanariah Abd. Zarin, 16, berkata, mereka menyertai NSR kerana yakin syarikat itu boleh membantu mereka mengembang bakat yang terpendam.

"Syarikat-syarikat lain sudah mempunyai kumpulan rap mereka sendiri. Oleh itu jika kami menyertai mereka tentulah tumpuan nanti tidak sepenuhnya," jelasnya yang suka minuman oren.

Nor Askeila Zainal Abidin, 16, berkata menjadi artis rakaman tidak akan mengganggu pelajarannya kerana dia sentiasa mendapat bimbingan daripada ibunya.

Dia yang berbintang Scorpio sebaliknya berazam akan mendalami kedua-dua bidang serentak sepertimana yang pernah dicapai oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

"Saya akan menggunakan peluang menjadi artis rakaman ini kerana rap itu sendiri mengajar remaja supaya mementingkan kesihatan, kalau tidak macam mana nak menari," katanya sambil berkata mereka akan masuk ke studio dua minggu lagi.

Album ini akan diterbitkan oleh Susan Goh dan akan dirakamkan di Studio Digitron dengan berkonsepkan lagu-lagu komersial bertemakan kasih sayang.

Bagi Ruzilawati Muhamad pula, dia memang meminati NSR kerana mendapat tahu bahawa NSR mementingkan kebajikan para artis mereka.

Andriaty Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Yatie berkata, menjadi artis rakaman dalam usia yang muda sememangnya suatu yang tidak diduga.

"Nasib saya baik kerana saya mempunyai empat lagi kawan yang sama cita rasa dan cita-cita dalam dunia hiburan," jelasnya.



Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.