Rabu, Januari 27, 2010

Discography - Album Feminin Kini


• Tajuk Album : Feminin Kini
• Terbitan : Warner Music
• Penerbit : KRU
• Tahun Diterbitkan : 1994
• Jumlah Trak : 10 lagu dan tambahan 2 lagu bonus bagi pembelian CD
• Lagu Popular : Kini, Rindu, Tetap Bersama, Suatu Hari Nanti dan Di Mana
• Jumlah Jualan : Menghampiri 100 000 unit

Ulasan :

Album studio kedua kumpulan Feminin. Memilih KRU yang merupakan maestro dalam penciptaan lagu-lagu berentak rap dan dance pada masa itu sebagai penerbit album merupakan satu langkah yang tepat. Album ini antara album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Feminin. Banyak lagu popular terhasil daripada album ini dan lagu ‘Kini’ menjadi salah satu lagu berhantu mereka yang seterusnya menjadi kesinambungan kemashyuran mereka.

Berbekalkan perjalanan pengurusan yang cekap dan lengkap dengan pakej terbaik dari segi imej, gerak tari dan penghasilan video muzik menjadikan Feminin terus unggul sebagai penyanyi berkumpulan serta ‘trend setter’ remaja ketika itu. Penghasilan album ini juga diiringi dengan penerbitan video muzik untuk 6 lagu mereka yang turut diselitkan dengan wawancara bersama penerbit album, pengurus kumpulan, para peminat dan juga Feminin sendiri.


Jumaat, Januari 22, 2010

Discography - Album Seikhlas Budi Aidilfitri



• Tajuk Album : Seikhlas Budi Aidilfitri
• Terbitan : Warner Music
• Penerbit : Razman, Nasser Abu Kassim dan Shamsuddin Sidek
• Tahun Diterbitkan : 1994
• Jumlah Trak : 11 lagu
• Lagu Popular : Lambaian Aidilfitri dan Kurniaan Di Hari Raya
• Jumlah Jualan : Melebihi 50 000 unit

Ulasan :

Album terbitan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Album kompilasi lagu-lagu berkonsepkan Hari Raya dari arkib Warner Music ini cuma menyelitkan 3 lagu baru dan Feminin hanya menyanyikan sebuah lagu iaitu ‘Kurniaan Di Hari Raya’. Lagu yang berentak ‘catchy’ beserta lirik yang menepati tema ini terus melonjakkan populariti kumpulan Feminin dan menjadi salah satu lagu ‘wajib dengar’ apabila tiba musim perayaan.

Penerbitan album ini juga menandakan secara rasminya Feminin telah bertukar label muzik dan menjadi artis Warner Music. Secara tidak langsung telah menamatkan kontroversi perebutan Feminin antara NSR dan Warner Music.

Rabu, Januari 20, 2010

Discography - Album Feminin In the House Mega Mix


• Tajuk Album : Feminin In The House Mega Mix
• Terbitan : Pustaka Muzik NSR
• Penerbit : NSR
• Tahun Diterbitkan : 1994
• Jumlah Trak : 5 lagu dan 2 minus one
• Lagu Popular : Tiada
• Jumlah Jualan : Tidak Diketahui

Ulasan :

Merupakan album kedua Feminin yang berada di pasaran muzik tanahair. Namun begitu, album ini bukan merupakan album studio Feminin, ia hanya sebuah album remix (remix menjadi trend pada masa itu terutama untuk album-album yang mendapat sambutan) yang mengandungi lagu-lagu dari album ‘Feminin Untukmu’.

Album ini juga merupakan album yang diedarkan oleh NSR untuk mengambil kesempatan di atas populariti yang dikecapi oleh Feminin yang pada masa yang sama telah bertukar label daripada bernaung di bawah NSR kepada Warner Music. Pertukaran label ini telah menjadi kontroversi dan mendapat liputan khas dalam rancangan ‘Melodi’.

Selasa, Januari 19, 2010

Discography - Album Feminin Untukmu


• Tajuk Album : Feminin Untukmu
• Terbitan : Pustaka Muzik NSR
• Penerbit : KRU & Susan Goh
• Tahun Diterbitkan : 1993
• Jumlah Trak : 10 lagu
• Lagu Popular : Untukmu, Feminin, Rentak Disko Satu… Dua… Tiga, Syurga Dunia dan Selamat Tinggal Cinta
• Jumlah Jualan : Melebihi 100 000 unit

Ulasan :

Debut album pertama kumpulan Feminin. Album yang berjaya memperkenalkan Feminin di persada muzik tanahair. Lagu ‘Untukmu’ ciptaan KRU telah menjadi ‘killer song’ dan ‘trade mark’ untuk kumpulan Feminin. Lagu ini juga terus menjadi malar segar sehingga ke hari ini.

Ketika album ini dihasilkan, Feminin dianggotai oleh lima ahli iaitu As selaku vokal utama, Along sebagai vokal kedua serta Deq Nor, Yatie dan Watie sebagai vokal harmoni. Namun begitu, selepas setahun bersama, dengan alasan peribadi Along telah menarik diri yang meninggalkan Feminin berempat untuk meneruskan karier mereka.

Walau pun bukan album terbaik mereka, tetapi album ini telah berjaya meletakkan Feminin sebagai pencetus evolusi industri muzik Malaysia sebagai kumpulan padu suara dan tari pertama Malaysia, seterusnya menjadi ikutan dengan kemunculan kumpulan wanita yang lain seperti Res2, M’steen dan Freshies.

Isnin, Januari 18, 2010

Gang of Feminin Fan - Hasnul Fikri


Just Feminin is welcoming our first follower Hasnul Fikri.

Congratulation!!! You are Gang of Feminin #002.