Rabu, Mac 31, 2010

Songs & Lyrics - Remaja

Tajuk Lagu : Remaja
Komposer : Jojo
Penulis Lirik : Cahaya Pena
Album : Feminin Untukmu
Download - REMAJA










Kamilah remaja di zaman wawasan
Kami amat berbeza

Sering ku bertanya mengapa remaja
Seringnya menghadapi di dalam usia
Yang belum dewasa berbagai macam karenahnya
Membuat ibu dan bapa oh peningnya kepala
Ada juga yang sakit jiwa, sesak nafas di dada

Begitu remaja di zaman sekarang
Ketaranya berbeza, kamilah remaja
Di zaman wawasan yang amat berbeza

Perkara biasa remaja memangnya
Selalu mengalami dilemma
Tekanan jiwa bergelak ketawa
Bermuram durja bertindak tak tentu hala
Dibuatnya selamba ada juga yang terus gila
Apalah nak dikata

Kamilah remaja di zaman wawasan
Kami amat berbeza, begitu remaja
Di zaman sekarang ketaranya berbeza

Adalah perubahan dalam mereka tuju
Haluan kedewasaan

Kamilah remaja angkatan semasa
Membawa irama irama semasa
Kamilah remaja angkatan semasa
Kamilah remaja warisan negara

Kamilah remaja di zaman wawasan
Kami amat berbeza, begitu remaja
Di zaman sekarang ketaranya berbeza

Selasa, Mac 30, 2010

Songs & Lyrics - Syurga Dunia

Tajuk Lagu : Syurga Dunia
Komposer : Yusry KRU
Penulis Lirik : Norman KRU
Album : Feminin Untukmu
Download - SYURGA DUNIA


Walaupun lautan yang dalam menjadi penghalang
Walau beribu batu jauh tak daya ku pandang
Namun nasib yang timpa mereka tetap ku kenang
Nasib yang malang, menyedihkan bila ku terbayang

Wajah sayu anak dan ibu yang tidak berdosa
Menjadi korban di atas kejahilan manusia
Kekejaman peperangan tak dapat terkata
Inilah masanya, mengubah segala

Korus
Wahai anak sedunia sedarlah kita bersaudara
Dan jika erti keamanan itu syurga
Sedarlah inilah masanya mengubah nasib kita di dunia
Semoga tercapai bersama semoga terjumpa
Syurga kita di dunia

Masih dapat lagi terbayang suatu tragedi
Peristiwa yang sedih lagi menyayatkan hati
Terlantarlah seorang ibu bersama anaknya
Bersentuh tangan walau sudah tidak lagi bernyawa

Dimanakah hilangnya perikemanusiaan
Yang dulunya diikuti dijadikan pedoman
Dapatkah kita kecapi rasa keamanan
Dapatkah kita hapuskan persengketaan

Sedarlah wahai teman inilah masanya
Melenyapkan malapetaka yang timpa dunia
Segalanya berada digenggaman kita
Inilah masanya, mengubah segala

Ulang Korus

Khamis, Mac 18, 2010

Songs & Lyrics - Rentak Disko












Tajuk Lagu : Rentak Disko
Komposer : Copyright Control
Penulis Lirik : Cahaya Pena
Album : Feminin Untukmu
Download - Rentak Disko


Gerak ke kanan kawan geraklah ke kiri
Mengikut rentak irama yang masa kini
Biarlah pantas kawan gerak bebas tanpa tersekat
Awas… awaslah kawan jangan sampai kau terbabas

Satu, dua dan tiga irama do re mi
Langkah yang bermula biarlah selari
Empat, lima dan enam oh fa so la
Kemaskanlah gaya oh tarian kita

Hayunkan tangan kawan ke kiri ke kanan
Menari kita bersama bersuka ria
Dalam menari kawan kita juga bersenam
Agar sihatnya badan otak yang menjadi cergas

Satu, dua dan tiga utara selatan
Dari mula ke akhir oh dengarlah kawan
Empat, lima dan enam timur dan barat
Erti dan kata lagu yang kami sampaikan

Senyum, senyumlah teman senyum bercahaya
Segala duka lupakan bebasnya rasa
Mari marilah teman sama-sama bermuafakat
Satu arah haluan cita-cita dan impian

Satu, dua dan tiga dari pagi ke petang
Jujur dan rajin mencari rezeki
Empat, lima dan enam waktu malam dan siang
Begitulah insan yang tabah berdikari

Lihat, lihatlah teman bertapa indahnya
Terbentang luas ciptaan yang maha Esa
Tinggi langit nan biru burung-burung berterbangan
Riang bisikan bayu yang mempersonakan insan

Satu, dua, tiga… Isnin, Selasa, Rabu
Manusia dilahirkan sama sahaja
Empat, lima dan enam… Khamis, Jumaat, Sabtu
Hidup di dunia hanyalah sementara

Isnin, Mac 08, 2010

Songs & Lyrics - Untukmu



Tajuk Lagu : Untukmu
Komposer : Norman & Edry KRU
Penulis Lirik : Norman KRU
Album : Feminin Untukmu





Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

(korus 1)
Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara kupasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati

(korus 2)
Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Saban hari diriku menuggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kau jadi penawar

Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula
Janji bara cinta

(ulang korus 1 & korus 2)

Khamis, Mac 04, 2010

Songs & Lyrics - Feminin



Tajuk Lagu : Feminin
Komposer : Yusry KRU
Penulis Lirik : Norman KRU
Album : Feminin Untukmu
Download - FEMININ



Kamilah Feminin lima gadis remaja
Bersuka bergembira jadi mari bersama

Rap dijadikan sebagai konsep
Menjadi pilihan muda mudi jiwa rap

Kami di sini bukan nak menimbulkan kontroversi
Kami ingin menyampaikan bahawa rap juga berseni

Seperti rock pop jazz dan R&B
Semua punyai cara dan muzik yang tersendiri
Kami pendatang baru dalam muzik industri

Rap menyanyi dan yo menari
Semoga anda menerima kami
Jika suka mari kita menyanyi

Na.. na.. na.. na..

Versi kedua sudah bermula harap anda masih bersama
Feminin… ya begitulah nama
Kami… bersuara di sini
Sekadar penghibur hati pada yang terasa sepi
Yo! Marilah bergembira
Lupakan kisah duka dan ikutlah berdansa
Ini satu sembilan sembilan tiga
Inilah masa masa rap kita
Kami pendatang baru dalam muzik industri
Rap menyanyi dan yo menari
Semoga anda menerima kami
Jika suka mari kita menyanyi

Na.. na.. na.. na..

Selasa, Mac 02, 2010

All About Feminin Songs & Lyrics


For the next 7 months (March until September 2010), Just Feminin will share all Feminin songs and together with the lyrics.

Comes and refresh our sweet memories with their numbers through out their involvement in music industry.