Jumaat, April 14, 2017

Photos Collection - Best of Three (Part 2)

Di akhir-akhir kehadiran kumpulan Feminin di persada seni tanahair sebelum mereka mengundur diri bergelar insan seni, Feminin hanya muncul bertiga setelah Deq Nor pula mengundur diri atas alasan peribadi. Walaupun tidak dinafikan ianya mengurangkan aura yang pernah dicetuskan mereka, Feminin tetap menjaga penampilan mereka apabila muncul di mana-mana aktiviti seni.

Kali ini dikongsikan pula antara foto kenangan yang sempat Feminin rakamkan ketika mereka tampil bertiga. Ketika ini, anggota Feminin tampil lebih dewasa selari dengan kematangan usia mereka.

Bertiga bersama Shades, antara kumpulan seangkatan dan satu label dengan Feminin. Kumpulan Shades masih aktif sehingga kini.


Feminin dalam busana santai classy semasa mereka menghadiri majlis anjuran Persatuan Wartawan.


Tampil ringkas untuk ruangan akhbar Utusan lewat pengunduran mereka sebagai penyanyi berkumpulan. Mereka lebih selesa untuk tampil polos untuk busana mahupun tatarias agar tampak lebih dewasa.

Feminin pada penampilan terakhir mereka dalam majalah Mangga. Kelihatan agak sexy, sesuai dengan imej majalah Mangga itu sendiri.

Ini adalah antara sesi foto semasa Feminin sedang dalam rangka promosi album kompilasi mereka pada tahun 2005. Jelas Feminin memilih gaya yang lebih matang tetapi tetap mengekalkan keunikan jenama 'Feminin'.



Ada antara foto-foto ini yang diambil merupakan gabungan mereka bergelar artis sebelum keputusan mengundur diri dilakukan. Sebagai peminat, bukanlah mudah untuk melihat artis yang diminati mengambil keputusan untuk tidak aktif lagi. Namun atas faktor usia serta tuntutan peribadi, terpaksa juga diterima walau dengan berat hati.