Selasa, Julai 24, 2012

The 'A' Team!!!

Dengan bangganya kami perkenalkan mereka yang terlibat secara langsung sebagai tulang belakang kepada kemunculan Feminin. Fenomena industri seni tanahair tercipta setersunya melahirkan legenda yang tidak ternilai.

Pengurus dan Perunding Imej
  • Dari mula kemunculan Feminin sehingga ke akhir garisan, Feminin telah diuruskan oleh saudara Edd Razhe. Beliau yang turut bertindak sebagai perunding imej Feminin dilihat sebagai 'mastermind' kepada kemunculan seterusnya meletakkan Feminin pada tahap yang amat membanggakan.
  • Saudara Edd kini sedang berkhidmat di AirAsia sebagai pembantu peribadi kepada Chairman dan Group Deputy CEO.

The man behind Feminin's Success!
Saudara Edd... Kini...


Jurumekap
  • Untuk album pertama dan kedua, jurumekap Feminin adalah saudara Lan. Gaya mekapnya 'simple' dan lebih semulajadi. Sesuai dengan imej serta penampilan Feminin yang lebih ke arah keremajaan yang bergerak aktif.
  • Untuk album ketiga sehingga Feminin berundur dari persada seni tanahair, mereka telah ditatarias oleh jurumekap yang amat dikenali iaitu Nurul Shukor. Kemahiran Nurul Shukor dalam menatarias wanita dewasa sememangnya kena dengan perubahan umur serta imej Feminin yang semakin matang ketika itu.

Saudara Lan sedang memberi sentuhan akhir kepada 'rupa' Feminin.

Nurul Shukor... Ikonik jurumekap negara...

Jurutari
  • Feminin telah dibimbing oleh jurutari saudara Anuar untuk album 'Untukmu' dan 'Kini'. Jika diperhatikan, hasil sentuhan saudara Anuar kepada koreografi Feminin adalah unik, lincah dan tersendiri menjadikan Feminin dilihat lain dari yang lain serta berjaya menyuntik nafas baru dalam dunia tari Malaysia. Kesannya, selain diminati dari segi lagu dan imej, Feminin juga digilai dari bentuk gerak tari.
  • Menginjak ke dunia dewasa, Feminin telah bertukar jurutari. Untuk album 'Kembali' mereka telah menggunakan dua orang jurutari iaitu saudari Cynthia untuk lagu 'moderate' dan saudara Pat Ibrahim (salah seorang jurutari ternama Malaysia ketika ini) untuk lagu 'fast'.
Saudara Anuar bersama 'anak didik' nya...

Pat Ibrahim... seorang lagi ikonik negara tapi yang ini untuk bidang koreografi.


Sesungguhnya mereka inilah yang bertanggungjawab memerah idea semata-mata untuk mencari kelainan dan mewujudkan keunikan kepada Feminin. Selayaknya kumpulan ini digelar sebagai THE 'A' TEAM!

Rabu, Julai 04, 2012

Photos Collection - Feminin Bersama Peminat

Peminat dan artis umpama aur dan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Selain bakat serta pakej yang tersendiri, kejayaan seseorang artis memang banyaknya bergantung kepada sokongan peminat. Menyedari hakikat ini, kumpulan Feminin memang dikenali antara artis yang sering menghargai sokongan para peminat mereka sementalah ramai di kalangan peminat mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak serta para remaja.

Untuk mengimbau detik itu, kami himpunkan foto-foto saat Feminin bermesra bersama peminat mereka.

Bergambar dengan peminat cilik mereka ketika hadir dalam sebuah majlis sambutan hari raya.

Masih sempat meluangkan masa bermesra bersama peminat kecil mereka semasa sesi fotografi raya majalah URTV.

Rombongan Feminin and Fans ke Port Dickson... Feminin bersama penari mereka...

Gambar kenangan rombongan Feminin and Fans di PD.

Feminin tidak kisah untuk makan diwarung... berehat selepas penat mengikuti aktiviti bersama peminat di PD.

Bersama mereka yang menjadi tulang belakang Feminin ketika meraikan sambutan hari jadi Deq Nor.

Feminin turun padang menyokong Hari Aids Sedunia, selesa dalam gaya santai melayani pengunjung.

Tekun memberi autograf seusai konsert mereka di Genting Highlands.


Penghargaan kami rakamkan kepada Gang of Feminin Fan yang sudi berkongsi momen indah ini kepada kami untuk tatapan kita semua... Mungkin ada di antara gambar-gambar ini terselit gambar anda, berbanggalah kerana ianya suatu yang perlu dikenang dan tidak ternilai harganya...