Isnin, Ogos 17, 2020

Kumpulan Feminin @ 90an Gerek


Pada tahun 2012, saluran televisyen MediaCorp yang berpengkalan di Singapura telah mengundang kumpulan Feminin sebagai tetatmu untuk rancangan terbitan mereka. Rancangan '90an Gerek' merupakan satu program yang mengundang artis-artis lama untuk bertanya khabar serta perkembangan terkini mereka.


Montaj untuk rancangan '90an Gerek'


Program ini telah diacarakan oleh Najip Ali, seorang figura terkenal bukan sahaja di Singapura tetapi juga di Malaysia. Dalam episod ini, Feminin telah muncul dalam segmen Masihkah Gerek. Mereka telah berkongsi khabar sekarang serta mengimbau kenangan ketika Feminin menjadi artis papan atas di nusantara satu masa dahulu. Ketika program ini dirakam, hanya As dan Watie sahaja berkesempatan untuk hadir. Berikut kami kongsikan sedutan kemunculan Feminin di dalam rancangan ini.


 


Kredit penghargaan pihak produksi kepada blog kita atas kesudian berkongsi material berkenaan Feminin... Satu kerjasama yang positif.

Rabu, April 22, 2020

Feminin Snapshot Magazine - Part 3

Walaupun sering tampil dalam pelbagai terbitan majalah berunsurkan hiburan, bagi mengelakkan pemerhati dunia seni menjadi bosan, Feminin seboleh mungkin akan muncul dengan suatu kelainan khususnya dari segi penampilan serta nilai cerita untuk satu-satu keluaran. Kemunculan mereka juga biasanya selari dengan perkembangan dan situasi semasa ketika itu.

Tataplah 'snapshot' sebahagian lagi hasil yang berjaya diberi sentuhan hebat oleh kumpulan Feminin yang bagi kami pernampilan yang terus segar dan boleh diterima sepanjang masa.



Ini merupakan antara imej puasa dan raya terbaik yang pernah ditampilkan oleh Feminin sehingga menjadi ikutan fesyen raya ketika itu. Snapshot ini bersama majalah URTV terbitan Kumpulan Utusan.


Dalam edisi ini, Feminin berkongsi pengalaman beraya bersama rakan artis khasnya bersama kumpulan Dee Boyz dan juga pelakon Tam.


Ini pula ketika tampil untuk terbitan Media Hiburan daripada kumpulan Karangkraf, seusai menjayakan satu rancangan hiburan usaha sama Malaysia dan Jepun. Penampilan Feminin telah menarik minat sebuah produksi di Jepun untuk membawa mereka ke sana.


Kali ini As beraksi solo bersama rakan artis yang lain dalam majalah URTV. Walaupun hanya solo, ini bukanlah kerana berantakan dengan anggota yang lain tetapi mempromosikan sisi lain bakat yang ada pada As ketika itu iaitu bidang pengacaraan dan lakonan.


As Feminin bersama anggota kumpulan Res2 dan Msteen.


Lagi bersama majalah Media Hiburan... antara majalah yang cukup baik dalam menyokong karier seni Feminin. Edisi ini, Feminin kongsikan gaya santai mereka disebalik tirai glamor.


Banyak foto kenangan gaya hidup yang dikongsi jika mereka tidak beraksi di atas pentas, istimewa untuk tatapan peminat mereka.