Rabu, Januari 04, 2012

Photos Collection - Go International

Populariti yang dikecapi oleh Feminin telah digunakan oleh penggiat muzik tanahair untuk menggabungkan mereka dengan artis-artis luar negara yang datang ke Malaysia samada untuk membuat persembahan ataupun mempromosikan produk mereka. Tindakan serampang dua mata ini, berjaya sedikit sebanyak meletakkan nama Feminin di persada muzik antarabangsa. Foto-foto berikut merupakan antara koleksi fotografi Feminin bersama artis-artis bertaraf antarabangsa yang masih berada di dalam simpanan kami.


Dua foto berikutnya ini ketika Feminin menjayakan sesi fotografi serta showcase bersama artis berkumpulan iaitu Indecent Obsession daripada Australia di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.




Sesi fotografi majalah Media Hiburan bersama kumpulan All 4 One daripada USA.

Foto kenangan bersama penyanyi Hitomi Furuya daripada Jepun selepas menjayakan persembahan usahasama Malaysia - Jepun


Selain foto-foto yang dinyatakan di atas, Feminin turut giat membuat persembahan di sekitar negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Brunei dan juga Indonesia. Ternyata lagu-lagu, gerak tari serta imej yang dibawa oleh kumpulan Feminin dapat diterima baik bukan sahaja oleh peminat muzik tempatan tetapi juga peminat luar negara. We should proud of them!!!