Jumaat, Mac 25, 2016

Photos Collection - Poster (Part 3)

Feminin dan poster umpama lagu dan irama yang tidak mampu dipisahkan. Kepelbagaian penampilan yang diberi Feminin selain populariti mereka, menjadikan Feminin terus-terusan rebutan penerbitan majalah untuk dipaparkan sebagai poster. Walau banyak manapun mereka ditampilkan sebagai poster, percayalah tiada satupun yang sama hasilnya. Feminin akan sentiasa memberi sentuhan istimewa mereka untuk setiap penerbitan yang berbeza.

Sekali lagi kami himpunkan poster-poster Feminin untuk imbauan semua ketika mereka masih aktif di persada muzik tanahair kita. Untuk tatapan semua... pasti pandang tidak jemu!


Majalah Hai : Poster edisi istimewa ketika Feminin sedang dalam rangka kerja promosi album ketiga mereka. Mereka memilih untuk tampil

Majalah VariaPop : Poster khas dari VariaPop yang menghimpunkan wajah-wajah Feminin yang pernah mereka rakamkan.


Majalah Remaja : Poster untuk edisi raya yang menampilkan Feminin dengan gaya lebaran terkini bagi ikutan remaja ketika itu.


Majalah Media Hiburan : Feminin diberi penghormatan bergambar dalam poster bersama motosikal Kriss, motosikal pertama buatan Malaysia.


Majalah Pesta : Lagi gaya raya Feminin yang diabadikan dalam poster. Menggayakan baju kurung Kedah dengan sentuhan moden gaya Feminin!

Rabu, Mac 09, 2016

Ulasan Album 'Untukmu... Kini' Feminin

Artikel diambil daripada Utusan Malaysia

Album : Untukmu... Kini
Artis : Feminin
Genre : Pop

SUDAH sedekad kumpulan wanita yang mencipta fenomena sedikit masa lalu ini meninggalkan kerjaya nyanyian. Kumpulan yang begitu popular ketika era 90-an itu kini kembali. Mereka bersatu semula dengan melangkah semula ke studio rakaman untuk lagu Untukmu.


Album kompilasi ini memuatkan lagu terbaik daripada tiga album terdahulu mereka yang dirakamkan dari 1992 hingga 1997. Untukmu yang diberi sentuhan baru oleh Nan dirakamkan As, Yatie dan Watie di Studio Wake The Baby, Kuala Lumpur awal bulan lalu.


Tanpa seorang lagi anggota Deq Nor yang meninggalkan kumpulan itu selepas berkahwin, seakan tidak lengkap Feminin. Namun, mereka berusaha untuk menyatukan keempat anggota yang menaikkan nama Feminin walaupun Deq Nor tidak terbabit dalam rakaman terbaru itu.



Justeru, kelahiran album kompilasi ini tentunya menjadi pengubat kerinduan peminat kepada yang mencetus aliran dalam dunia fesyen ketika nama mereka memuncak dulu. Tiada siapa yang lupa kehebatan mereka apabila di pentas, dengan fesyen ranggi bersesuaian usia remaja mereka ketika itu.

Kompilasi ini memuatkan 15 lagu popular mereka. Tentunya lagu Untukmu, Kini, Rindu, Hanya Sekali, Kehadiran, Kembali dan Ride N Slide masih segar diingatan peminat.


Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.