Khamis, Oktober 08, 2015

From Fan with LUV

Bagi mereka yang membesar dalam era 80-90an pasti mengetahui selain mengutus surat kepada artis pujaan mereka, ruangan 'Tanya Khabar' dalam penerbitan media cetak berunsur hiburan turut menjadi pilihan dan perhatian peminat dalam merapatkan lagi hubungan dengan artis. Pada era itu, internet amat asing dan sudah pasti tiada media sosial yang boleh digunakan seperti sekarang dalam mengetahui perkembangan artis yang diminati.

Ruangan khas ini sering menjadi tumpuan khususnya remaja untuk menghantar sebarang persoalan untuk dijawab sendiri oleh artis yang ditanya. Feminin yang memang punya ramai pengikut turut selalu muncul dalam ruangan ini bagi berkongsi segala persoalan yang diajukan oleh peminat mereka. Berikut kami sertakan antara contoh soalan serta ulasan yang sempat dihantar peminat Feminin.