Jumaat, Mei 29, 2015

Discography - Siri Mampu Miliki : Koleksi Lagu-Lagu Terbaik Feminin


• Tajuk Album : Siri Mampu Miliki : Koleksi Lagu-Lagu Terbaik Feminin
• Terbitan : Warner Music
• Penerbit : Warner Music
• Tahun Diterbitkan : 2014
• Jumlah Trak : 14 lagu
• Lagu Popular : Untukmu, Kini, Suatu Hari Nanti & Cinta Abadi
• Jumlah Jualan : Melebihi 5000 unit


Ulasan :

Menyedari bahawa masih ada permintaan terhadap produk atas nama Feminin, pihak Warner Music mengambil kesempatan melancarkan satu lagi album kompilasi untuk kumpulan Feminin. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai album ini kerana hampir sebahagian pilihan lagu pernah terdapat dalam album-album kompilasi mereka sebelum ini. Hanya terdapat satu atau dua lagu yang belum pernah disertakan dalam mana-mana kompilasi mereka seperti lagu Suatu Hari Nanti dan Cinta Abadi. Disertakan juga lagu-lagu bonus daripada album CD 'Kini' iaitu Tanpa Curiga dan Cinta Pertama menjadikan kompilasi ini sedikit unik dan bernilai untuk dimiliki.

Untuk 'cover album' kompilasi kumpulan Feminin yang keempat ini pula, pihak Warner Music telah memilih foto yang pernah digunakan oleh Feminin untuk poster promosi album 'Kembali'. Bagi kami pilihan foto ini amat tepat kerana ia merupakan antara foto hebat yang pernah dilakukan oleh Feminin dengan teknik 'full face' yang memang menjadi salah satu kepakaran mereka. Walaupun tiada sebarang lagu baru atau rakaman terbaru, album ini masih mampu menjadi satu cenderahati untuk GOFF semua agar Feminin terus segar dan relevan sepanjang masa walaupun hakikatnya mereka telah tidak aktif lagi. Sementalah pula dengan harganya yang berpatutan iaitu RM14.40, tidak rugi rasanya untuk dijadikan koleksi.