Ahad, Ogos 26, 2012

Gang of Feminin Fan - 045 - 052



Just Feminin is welcoming our new follower as follows:

 
Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Khamis, Ogos 09, 2012

Temasya Aidilfitri

Dengan mood raya yang semakin meningkat, kami serlahkan lagi dengan berkongsi klip video rancangan Temasya Aidilfitri. Sebuah rancangan terbitan RTM yang boleh dikategorikan sebagai rancangan raya nombor 1 wajib tonton pada sekitar tahun 80an dan 90an. Di zaman kemuncaknya, rancangan ini disiarkan secara langsung, biasanya pada malam raya kedua.

Para artis ternyata berebut-rebut untuk turut serta terlibat setiap tahun dan mereka sanggup beraya di KL semata-mata bagi menjayakan Temasya Aidilfitri. Namun hanya artis ternama dan tengah 'in' pada masa itu biasanya akan diundang memeriahkan rancangan ini.

Feminin antara artis yang sedang popular di awal 90an ternyata menjadi pilihan tepat pihak RTM bagi menjadikan rancangan sentiasa relevan selain mampu menarik golongan remaja menyaksikan rancangan ini.

Kemunculan pertama Feminin pada rancangan ini adalah pada tahun 1993. Dengan ledakan kemunculan kumpulan padu suara ketika itu, terdapat satu segmen khusus untuk irama rap. Feminin dan Res2 disatukan dengan Feminin telah mendendangkan lagu bertajuk 'Feminin', sebuah lagu pengenalan mereka. Berikut adalah klip video ketika Feminin membuat persembahan yang cukup bertenaga.



Selalunya, segmen terakhir Temasya Aidilfitri adalah nyanyian ramai lagu-lagu raya daripada semua artis yang terlibat pada rancangan ini. Inilah segmen yang sentiasa ditunggu-tunggu penonton dan akan diulang tayang secara selingan pada musim raya tahun hadapan pula. Klip video seterusnya adalah segmen akhir Temasya Aidilfitri 1993.



Populariti Feminin yang terus kekal dipuncak menyebabkan mereka diundang sekali lagi bagi menjayakan Temasya Aidilfitri tahun 1994. Untuk edisi kali ini, Feminin telah mendendangkan lagu raya 'berhantu' mereka iaitu 'Kurniaan Hari Raya'. Kami mohon maaf tidak dapat berkongsi detik manis ini kerana klip video ini tiada dalam simpanan kami. Walau apapun, persembahan Feminin pada masa itu memang menarik dan berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

Untuk mengubat sedikit kekecewaan gang semua, kami hanya ada menyimpan klip video segmen akhir Temasya Aidilfitri 1994, persembahan kemuncak dan juga penutup rancangan ini. 



Namun kini, rancangan raya ini hanya tinggal kenangan. Bagi mereka yang pernah dihiburkan dengan rancangan raya ini, amat mengalu-alukan sekiranya pihak RTM berhajat untuk menghidupkannya kembali. Ia memang ada kelainan dan yang paling utama ianya mampu menceriakan lagi suasana raya kita.