Khamis, Mei 26, 2011

HMI - Dunia Cinta

Sesekali apabila Feminin mengenakan busana elegan dengan ciri-ciri yang lebih kewanitaan ternyata menyerlahkan lagi keayuan mereka. Inilah yang mereka tampilkan dalam salah satu persembahan mereka ketika menyertai program Hiburan Minggu Ini atau HMI. Rancangan HMI dalam sekitar tahun 1990an merupakan antara rancangan mesti tonton pada hujung minggu kerana sering menampilkan artis-artis popular semasa yang menpersembahkan lagu-lagu terkini mereka, tetapi sayang rancangan ini tidak diteruskan sehingga kini.

Pada rancangan HMI ini, Feminin telah mempersembahkan sebuah lagu balada iaitu 'Dunia Cinta'. Walaupun lagu ini agak membataskan pergerakkan mereka yang terkenal dengan aksi lincah dan ceria, namun kerana kreativiti mereka yang sentiasa berfikir di luar kotak, lagu berentak perlahan mampu di visualkan secara eksklusif dan tersendiri. Dengan mengenakan pakaian full dress bercorak bunga-bunga kecil dengan warna ceria serta pilihan aksesori korset leher mampu untuk mengetengahan imej Feminin yang tersendiri. Persembahan secara miming ini antara koleksi utama mereka yang ternyata wajar dijadikan ikon!

Rabu, Mei 18, 2011

Gang of Feminin Fan : 021 - 023

Just Feminin is welcoming our new follower as follows:


Follower Name          Gang of Feminin Fan Number

deyna83                                       021

Kamizan Saari                              022

Nj                                                  023


Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Rabu, Mei 11, 2011

Fiesta HMI

Untuk entri kali ini, kami ingin berkongsi dengan Gang of Feminin, sebuah rancangan terbitan RTM bertajuk Fiesta HMI. Rancangan yang diterbitkan pada tahun 1995 ini menampilkan 3 artis yang yang sedang popular ketika itu iaitu Feminin, Ziana Zain & Amelina.

Rancangan ini diterbitkan bersempena dengan kempen menderma Radiothon/Telethon yang dianjurkan oleh pihak RTM. Ketika itu, khidmat pesanan ringkas masih belum ada, apa yang perlu dilakukan, penonton akan menelefon talian bebas tol menggunakan telefon biasa dan menyatakan jumlah derma yang ingin disumbangkan kepada telefonis yang bertugas. Jumlah derma itu akan dicaj secara langsung ke dalam bil telefon pemanggil.

Dalam rancangan ini Feminin yang baru tampil dengan album 'Kini' serta berimej baru, telah mendendangkan 4 buah lagu secara langsung dan sebuah lagu bonus nyanyian ramai. Ternyata persembahan yang ditampilkan oleh Feminin tidaklah mengecewakan dengan tahap nyanyian tanpa miming mereka yang berada aras sederhana. Satu percubaan yang patut dibanggakan!


Opening Fiesta HMI 95 : Feminin mendendangkan lagu 'Untukmu'.


Closing Fiesta HMI 95 : Nyanyian kesemua artis untuk lagu 'Samba Raggae'.

Rabu, Mei 04, 2011

Istimewa Bersama Feminin & Freshies - Di Mana

Video klip di bawah dipetik daripada rancangan Istimewa Bersama Feminin & Freshies. Rancangan yang diterbitkan oleh sebuah produksi swasta untuk tayangan di RTM sempena hari raya tahun 1995 ini menampilkan khusus Feminin dan Freshies.

Pengambaran rancangan ini telah dilakukan sepenuhnya di dalam studio dengan setiap artis menyanyikan 3 buah lagu. Feminin telah mendendangkan lagu-lagu seperti Rindu dan Di Mana. Video klip ini ketika Feminin mendendangkan lagu Di Mana. Berpenampilan full dress berwarna hitam dengan riben berwarna-warni diikat tocang kecil, memang bersesuaian dengan imej mereka ketika itu.