Rabu, Ogos 26, 2015

Pengancam Perkahwinan - Special Tribute to Feminin




Satu yang amat membanggakan apabila Feminin masih terus mendapat perhatian serta penghargaan walaupun telah begitu lama meninggalkan dunia seni. Kali ini hasil seni mereka 'dirai' dalam sebuah telemovie terbitan tahun 2014 yang bertajuk 'Pengancam Perkahwinan' bila mana lagu-lagu Feminin telah dipilih oleh pihak produksi untuk dijadikan lagu tema dan juga lagu latar.

Telemovie arahan dan lakon layar oleh Syahir Ismail dan Tam Suhaimi yang bergenre percintaan ini memang bertepatan untuk diserikan dengan lagu-lagu Feminin yang kebanyakkan berlirikan kisah cinta. Sebagai kemuncak, tribute persembahan oleh pelakon-pelakon dengan barisan lagu popular Feminin telah didendangkan di akhir telemovie.

Antara pelakon yang menggelarkan diri mereka kumpulan The Flames iaitu Sherry Ibrahim, Kilafairy dan Intan Ladyana telah memilih lagu seperti 'Untukmu', 'Rindu' serta 'Kembali' yang disampaikan dengan cara mereka sendiri. Hasilnya amat menarik dan cukup membanggakan. TERIMA KASIH atas usaha hebat ini!!!

Rabu, Ogos 19, 2015

Feminin Snapshot Magazine - Part 2

Menyedari nama Feminin yang cukup besar serta mampu menarik perhatian pembaca, maka tidak hairanlah mereka sering dipilih untuk menghiasi majalah-majalah hiburan khususnya berkonsepkan hiburan untuk dijadikan bahan cerita. Untuk memastikan Feminin bukan sekadar picisan, mereka sering tampil dengan cerita-cerita baru mengenai perjalanan seni mereka sambil memperkenalkan imej, gaya serta busana terkini yang menjadi pilihan Feminin. Cerita-cerita yang menyentuh hal-hal peribadi seboleh mungkin tidak akan dikongsi bagi memastikan nilai eksklusif mereka.

Bagi mengimbau detik-detik indah itu, kami kongsikan lagi sebahagian 'snapshot' aksi dan kisah Feminin yang sempat mereka rakamkan. Part 2 ini kami kumpulkan antara 'snapshot' daripada penerbitan Kumpulan Utusan.


Terbitan untuk majalah URTV ketika mereka menjadi penghias muka. Semasa ini Feminin dalam rangka kerja promosi album 'Kini'.

Lirik lagu 'Kini' yang sedang top ketika itu turut disertakan dalam URTV edisi ini.

Selain memperkatakan mengenai album 'Kini', Feminin turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan imej terkini mereka iaitu berambut pendek.

Sekali lagi Feminin menjadi cover URTV dan kali ini mereka hadir dengan cerita album 'Kehadiran'.

Turut diselitkan kisah cinta setiap anggota Feminin, seusai dengan umur mereka yang telah menginjak angka 20. Seperti biasa mereka memperkenalkan imej baru mereka yang lebih Feminin sesuai dengan kematangan umur mereka.

Berpenampilan elegan dengan gaya kontemporari ketika dipilih menjadi pin-up majalah URTV.

Antara momen-momen akhir sebelum Deq Nor berundur. Majalah URTV memilih mereka sekali lagi menjadi penghias muka depan untuk keluaran sempena Ramadan. Selain bercerita mengenai puasa, Feminin turut membayangkan akan berundur apabila mereka telah bersedia untuk berpecah.

Feminin walaupun ketika ini hanya tinggal bertiga, kerana nilai yang masih ada mereka turut dipilih untuk menghiasi majalah. Kali ini majalah Hai.

Dalam edisi ini mereka berkongsi hala tuju karier mereka dan amat terbuka untuk menerima segala kemungkinan kerana masing-masing telah bersedia untuk berumahtangga.