Selasa, April 27, 2010

Songs & Lyrics - Irama Hip Hop



Tajuk Lagu : Irama Hip Hop
Komposer : Jojo
Penulis Lirik : Yogie B
Album : Feminin Untukmu
Download - IRAMA HIP HOP










Bunyi muzik hip hop mengajak ku mari menari
Tak terhenti
Mari ayuh kawan ikutlah bersama rima yang bermelodi
Jangan malu-malu janganlah rimas
Tiba masanya untuk kami bersuka, suka ria

Yo! Feminin
Gadis-gadis muda yang bermain
Rima, yang berskima baru
Banyak muda mudi kini tidak tahu
Tapi jangan bimbang atau ragu-ragu
Biarkan ku jelaskan tentang nahu yang serba baru
Dipanggil rap
Kami bermain rima dari A ke Z

Di sana sini hari demi hari ku nampak
Rap merebak macam demam campak
Tapi adakah anda faham
Konsep lirik dan melodi secara am
Tunggu, fikir dan fahamkan
Kemudian jadikannya sebaga pedoman
Sampai di sini sahaja tepat pada tempo
Ini F E M I N I N yo!

Jangan malu-malu janganlah rimas
Lupakan semua masalahmu cepat
Tiba masanya untuk kami bersuka, suka ria

F E M I N I N yo!
Sebutlah Feminin
Dengan rima kami bermain
Lain dari yang lain



Songs & Lyrics - Selamat Tinggal Cinta

Tajuk Lagu : Selamat Tinggal Cinta
Komposer : Yusry KRU
Penulis Lirik : Norman KRU
Album : Feminin Untukmu










Sejejak langkah kau pergi
Semakin pedih terasa dihati
Tak pernah daku mengerti
Mengapa kau sanggup tinggal ku sendiri

Katakan saja
Oh! Dimanakah letak silapnya hingga kita sebegini
Kaku dan menyepi

Selamat tinggal kasih selamat tinggal pujaan ku
Walaupun masih berat ku lepaskan
Selamat tinggal cinta, cinta yang pertama yang ku rasa
Walau sukar ku terima
Diriku tak kau cintai lagi

Andai kau terus pergi
Janganlah kau berpaling lagi kasih
Tak sanggup ku kau tatapi
Keadaan pilu diri ini

Walau ku cuba
Melupakan kenangan bersamamu
Tak bermaya ku melawan rindu

Tanpa tersedar airmata (berlinang)
Membasah pipi ku terasa, kehilanganmu sayang

Bersendiri melayani perasaan ku
Ku tangiskan semalaman
Berakhir sudah epilog cinta yang kita bina
Ke sangka selamanya, namun terpisah jua

Selamat tinggal kasih selamat tinggal pujaan ku
Walaupun masih berat ku lepaskan
Selamat tinggal cinta, cinta yang pertama yang ku rasa
Diriku tak kau cintai lagi


Khamis, April 15, 2010

Songs & Lyrics - Sahabat

Tajuk Lagu : Sahabat
Komposer : Amin Said
Penulis Lirik : Johan Nawawi
Album : Feminin Untukmu










Bila tiba sengketa melanda diri
Segala kemegahan kini telah tiada lagi
Baru tersedar kini kau mencari... Sahabat
Yang sedia membantu setiap waktu... Sahabat

Di dalam dunia remaja di kala ini
Ramai telah dirasuk oleh gejala materialism
Jangan kita mudah sangat tersesat... Sahabat
Kerana ikhlas hati tak kan rugi... Sahabat

Sahabat, jangan hanya mementingkan diri sendiri
Sahabat, sedarilah kita harus hidup harmoni
Sahabat, biar ringan membantu dengan ikhlas hati
Sahabat, tak kan rugi jika kita merendah diri

Isnin, April 12, 2010

Songs & Lyrics - Wawasan Remaja

Tajuk Lagu : Wawasan Remaja
Komposer : Amin Said
Penulis Lirik : Chief
Album : Feminin Untukmu
Download - WAWASAN REMAJA

 
 
 


Sarapan pagi makan nasi lemak
Pergi sekolah bilang sama emak
Di tengah jalan terus mencelah
Lepak kat kompleks membeli belah

Apa nak jadi remaja sekarang
Bila belajar buat lebih kurang
Hidup berfoya dengan kawan-kawan
Tiada cita tiada wawasan

Hey kawan-kawan semua
Sama kita mengejar cita
Janganlah membazir masa
Atau asyik nak bercinta

Apa nak jadi remaja sekarang
Bila belajar buat lebih kurang
Hidup berfoya dengan kawan-kawan
Tiada cita tiada wawasan

Geografi, fizik, kimia, biologi
Masuk ke kelas jangan terlena
Rajin belajar rajin mengkaji
Bila dewasa jadi berguna

Hey kawan-kawan semua
Sama kita mengejar cita
Janganlah membazir masa
Atau asyik nak bercinta

Nanti bila sudah dewasa
Kita tidak akan kecewa
Hidup bahagia ibu bapa gembira
Itu sebenarnya wawasan kita

Isnin, April 05, 2010

Songs & Lyrics - Al-Kisah...Sejarah Melayu


Tajuk Lagu : Al-Kisah... Sejarah Melayu
Komposer : Traditional
Penulis Lirik : Cahaya Pena
Album : Feminin Untukmu
Download - AL-KISAH... SEJARAH MELAYU





Ini cerita di nusantara
Hidup manusia di zaman dahulu
Sejarah Melayu memanglah kaya
Luasnya nusantara beribu batu

Orang Melayu memang terkenal
Sebagai pelaut sungguhlah handal
Sering ke laut mencari rezeki
Juga berdagang cara begini

Menempuh badai, ribut dan taufan

Menentang lanun raja di laut
Timur dan barat, utara dan selatan
Gagah berani… tak kenal, tak kenal takut

Ketika itu di nusantara
Ada seorang anak pemuda
Berhemah tinggi tekun berusaha
Sedia berbakti… berbakti untuk negara

Pemuda gagah kulitnya gelap
Sering harung ribut dan taufan
Seorang pelaut yang amat cekap
Luas lautan menjadi mainan

Telah dibawa oleh penjajah
Sebagai kelasi di atas kapal
Lantas mencipta satu sejarah
Kisah panglima yang berhati cekal

Belayarlah dia mengembara
Ke Eropah dan (juga) ke selatan Amerika
Panglima Awang masyhurnya nama
Manusia yang pertama mengelilingi dunia

Ketipak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu talu
Berpura-pura bingung
Hati di dalam bagai digaru

Ketipak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu talu
Serentak hati bingung
Hati di dalam siapa tahu

Telah terbukti dari sejarah
Kita manusia amat berupaya
Cekalkan hati ke satu arah
Gigih dan sabar pasti berjaya

Telah terbukti dari sejarah
Kalau hendak semuanya boleh
Sebagai contoh kisah panglima
Kalau tak mahu seribu dalih

Terserah semua kepada kita
Terserah semua…