Selasa, Februari 23, 2010

Their Achivement...

PENCAPAIAN
FEMININ
SEPANJANG PENGLIBATAN
MEREKA
DALAM INDUSTRI MUZIK...



• Anugerah Platinum Berkembar untuk album ‘Feminin Untukmu’ bagi penjualan album melebihi 100 000 unit

• Anugerah Platinum untuk album ‘Feminin Kini’ bagi penjualan album melebihi 50 000 unit

• Anugerah Emas untuk album ‘Feminin Kembali’ bagi penjualan album melebihi 30 000 unit

• Pemenang Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) Anugerah Industri Muzik 1993

• Pemenang Tempat Kedua untuk lagu ‘Untukmu’ dalam Pertandingan Akhir Pujaan 10 Nescafe anjuran RTM pada tahun 1994

• Lagu Paling Popular Radio Muzik pada tahun 1994 untuk lagu ‘Kini’

• Kumpulan Wanita Popular pada tahun 1994 Anugerah Media Hiburan

• Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun 1994 anjuran TV3 untuk lagu ‘Untukmu’

• Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun 1995 anjuran TV3 untuk lagu ‘Kini’


Khamis, Februari 11, 2010

Discography - Album Feminin Untukmu….. Kini Greatest Hits 1992 - 1997

 

• Tajuk Album : Feminin Untukmu….. Kini Greatest Hits 1992 - 1997
• Terbitan : Warner Music
• Penerbit : Warner Music dan Nan Saturnine
• Tahun Diterbitkan : 2005
• Jumlah Trak : 16 lagu
• Lagu Popular : Untukmu….. Kini
• Jumlah Jualan : Melebihi 20 000 unit


Ulasan :

Album keluaran khas himpunan lagu-lagu popular kumpulan Feminin. Album yang diterbitkan setelah lapan tahun pengunduran mereka dalam industri muzik tanahair, berjaya mengimbau kembali memori indah peminat-peminat Feminin. Hanya mengandungi sebuah lagu baru iaitu lagu ‘Untukmu….. Kini’. Lagu ini merupakan lagu dendangan semula lagu ‘Untukmu’ dari album pertama mereka dengan susunan dan sentuhan muzik baru.

Penghasilan album ini berjaya menghimpunkan semula tiga anggota asal Feminin iaitu As, Yatie dan Watie. Penerbitan album ini juga disertakan dengan VCD 4 lagu iaitu ‘Kini’, ‘Rindu’, ‘Kehadiran’ dan ‘Untukmu….. Kini’ bagi pembeli 5000 salinan asal pertama cakera padat.

Khamis, Februari 04, 2010

Discography - Album Feminin Kembali



• Tajuk Album : Feminin Kembali
• Terbitan : Warner Music
• Penerbit : Paul Moss, Azman Abu Hassan dan Goh Boon Hoe
• Tahun Diterbitkan : 1996
• Jumlah Trak : 10 lagu
• Lagu Popular : Kehadiran, Hanya Sekali, Kembali, Ride & Slide dan Cinta Abadi
• Jumlah Jualan : Melebihi 50 000 unit

Ulasan :

Album studio ketiga dan yang terbaik pernah dihasilkan oleh kumpulan Feminin. Selaras dengan penambahan umur dan kematangan mereka, Feminin telah melakukan perubahan konsep album daripada ‘dance music’ kepada R&B Pop. Lagu-lagu yang diterbitkan oleh nama-nama besar dalam industri muzik menjadikan album ini cukup istimewa dan berjaya membawa Feminin keluar dari imej lagu-lagu KRU. Walau bagaimanapun, sebahagian besar peminat Feminin agak sukar untuk menerima perubahan yang agak drastik ini.

Penghasilan album ini juga dilihat agak unik kerana buat julung kalinya Feminin telah menyanyikan sebuah lagu cover version iaitu ‘Hanya Sekali’ (dendangan asal kumpulan Ideal Sister) dan juga sebuah lagu Inggeris iaitu ‘Ride & Slide’. Feminin juga telah terlibat sama dalam menghasilkan lirik untuk dua lagu iaitu lagu ‘Kehadiran’ serta ‘Pesanan’.



Selasa, Februari 02, 2010

Gang of Feminin Fan - Badrul Hisham

Just Feminin is welcoming our second follower Badrul Hisham.

Congratulation!!! You are Gang of Feminin #003.