Rabu, Jun 29, 2011

Feminin... Behind The Scene

Jika entri sebelum ini kami berkongsi sesi temubual bersama setiap anggota Feminin, kali ini kami kongsikan pula corat-coret Feminin di belakang tabir. Video ini dirakam ketika Feminin mengadakan showcase di Genting Highland sempena rangka sesi promosi album 'Kini'.

Saksikan apa yang berlaku di belakang pentas, sesi melayan peminat serta tidak ketinggalan temubual dengan peminat-peminat mereka. Turut dimuatkan sesi temubual bersama Pengurus Feminin iaitu abang Edd yang menyatakan pendapatnya tentang Feminin serta penghargaan beliau kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menyokong perjuangan Feminin. Temubual bersama Norman KRU selaku penerbit album turut diselitkan.

Rabu, Jun 22, 2011

An Exclusive Interview with Feminin

Video yang telah di edit daripada video khas Feminin bertajuk 'Kini' ini menghimpunkan sesi temubual bersama setiap anggota Feminin. Imbau kembali saat-saat manis di zaman kemuncak Feminin, ketika mereka masih di alam remaja, berkongsi apa yang mereka suka dan juga pendapat mereka mengenai album 'Kini'.

Khamis, Jun 16, 2011

Konsert Di Raja - Hanya Sekali

Satu lagi klip persembahan TV Feminin yang menjadi antara pilihan terbaik kami! Lagu 'Hanya Sekali' merupakan satu-satunya lagu 'cover version' dendangan asal kumpulan Ideal Sister yang pernah dirakamkan oleh kumpulan Feminin. Ternyata percubaan ini merupakan satu yang amat dibanggakan kerana hasilnya suatu yang segar dan lebih baik dari rakaman asal. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bagi mereka yang pertama kali mendengar lagu ini pasti menyangkakan ianya memang lagu asal Feminin.

Feminin telah memilih lagu ini semasa menjayakan rakaman rancangan khas Konsert Di Raja terbitan RTM bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengan mengenakan busana skirt dan skart berwarna putih dengan diiringi tiga penari latar, Feminin telah mempersembahan satu persembahan yang agak dewasa dengan gerak tari yang 'ayu' dan matang tetapi tetap unik dan tersendiri. Sesuai dengan konsep rancangan, secara keseluruhannya persembahan mereka berjaya menghiburkan semua yang menonton. Rakaman ini telah dilakukan di Auditorium Perdana dalam sekitar tahun 1996.










Rabu, Jun 08, 2011

Muzik Muzik - Kini

Ini adalah antara persembahan Feminin di zaman kemuncak mereka dan menjadi kegemaran kami. Ketika ini Feminin mencalonkan lagu 'Kini' dalam rancangan hiburan popular TV3 iaitu Muzik Muzik. Disebabkan populariti Feminin dan lagu itu sendiri, Feminin dijadikan pencalonan terakhir untuk episod ini supaya dapat memancing perhatian penonton. Ternyata percaturan itu berhasil, dengan persembahan mantap Feminin berjaya memukau dan menghiburkan penonton di studio mahu pun di rumah.

Persembahan lagu 'Kini' secara miming ini digunakan sepenuhnya oleh Feminin untuk memperlihatkan tarian lincah, unik serta tersendiri mereka. Dengan memilih penampilan seragam 'full skirt' pendek berwarna biru yang dilengkapi dengan stoking paras lutut dan pin rambut besar, sememangnya Feminin terselah dengan imej yang lain daripada yang lain seterusnya menjadi 'trend setter' kepada pemakaian remaja pada masa itu.

Kepada semua pembaca, semoga terhibur dan hayati lah gerak tari Feminin yang tersendiri, sedikit sebanyak menggambarkan lirik lagu 'Kini'. Syabas kepada Feminin dan juga pereka tari mereka. Untuk makluman, dari pencalonan ini, lagu 'Kini' berjaya menjadi juara carta dan seterusnya disenaraipendek sebagai antara calon lagu untuk separuh akhir Muzik Muzik 1994!