Rabu, Jun 27, 2012

Kami Berwajah Baru...

Setelah hampir 3 tahun blog ini diwujudkan, kami rasa sudah sampai masa ianya berwajah baru. Kalau dahulu blog kita lebih bertemakan warna merah jambu, kini kami memilih untuk tampil lebih elegan dengan memilih warna biru lembut.

Wajah lama blog kita

Manakala foto Feminin pula kami ambil daripada koleksi mereka yang tampil 'effortless' dalam tatarias serta berpenampilan ringkas tetapi menarik. Foto-foto yang dipilih menampakkan kecantikan, keayuan dan sisi Feminin yang lebih natural dan semulajadi.

Just Feminin kini tampil serba baru untuk anda...

Semoga Gang of Feminin semua berpuas hati dengan rupa baru blog ini. Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan ulasan membina demi memastikan blog kita ini terus menarik dan lebih dekat dihati kita.

Kami juga ingin menyeru kepada semua gang agar dapat berkongsi segala bahan berkenaan Feminin yang masih ada dalam simpanan anda supaya dapat kami gunakan untuk tatapan gang yang lain. Hantarkan segala pandangan serta sumbangan bahan kepada kami menggunakan email ini justfeminin@gmail.com.

Terima kasih semua, teruslah menyokong kami kerana FEMININ IS OK!

Sabtu, Jun 16, 2012

Photos Collection - Transformasi Feminin

Tindakan berani serta kreativiti tanpa had yang diamalkan Feminin merupakan suatu tanda aras tersendiri dalam  imej artis berkumpulan khususnya serta dunia seni tanahair amnya. Keberanian Feminin bereksperimentasi dalam penampilan mereka bukan sahaja menjadikan mereka dikenali malah sering menjadi ikutan serta rujukan remaja dalam berfesyen ketika itu .

Untuk entri kali ini, kami paparkan gaya-gaya serta imej-imej Feminin selama 6 tahun mereka bergerak aktif sebagai pelopor artis berkumpulan wanita Malaysia. Dari remaja biasa kepada 'trendy and sassy', from zero to hero... inilah FEMININ... suatu transformasi from 1992 to 1997...

Di awal kemunculan, mereka masih mencari arah dalam berpenampilan. Tampil dengan gaya santai remaja ternyata kurang memberi impak kepada dunia hiburan Malaysia.

Setelah muncul dengan debut album 'Untukmu', Feminin menukar penampilan dengan memotong rambut pendek ala helmet sesuai dengan konsep muzik yang dibawa yang memerlukan mereka bergerak aktif ketika beraksi.

Berimej rambut pendek yang diiringi fesyen yang tersendiri, kemunculan mereka sering dinanti-nanti peminat untuk mengetahui fesyen terbaru mereka.

Feminin menukar lagi gaya rambut mereka kepada potongan 'boy cut' sempena kelahiran album studio kedua mereka 'Kini'. Imej ini memang menjadi dan menjadikan mereka diiktiraf sebagai berani dan trend setter remaja waktu itu...

Seiring dengan penambahan umur mereka, Feminin memilih untuk tampil sedikit dewasa tetapi dalam acuan Feminin sendiri.

Gaya rambut Feminin ketika hadir dengan album studio ketiga, 'Kembali'. Mereka mengikalkan rambut yang disatukan dengan pemilihan busana yang sedikit seksi.

Gaya ayu gadis pinggitan dari Feminin. Membuktikan Feminin sesuai untuk semua jenis gadis yang ada di Malaysia.

Gaya urban pula dari Feminin... untuk selera penghuni kota...

Gaya elegan dari Feminin... transformasi dari remaja ke alam dewasa.

Mereka memang sesuai untuk apa gaya sekali pun. Walaupun mengenakan busana 'evening dress', diadunkan dengan tatarias gaya Feminin... hasilnya suatu yang eksklusif!

Imej terakhir mereka sebelum berundur dari dunia seni tanahair. Bergaya rambut panjang dengan pemilihan busana 'rock & alternative chicks'. Sisi lain Feminin...