Rabu, Oktober 15, 2014

Photos Collection - Showtime! (Part 2)

Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang kehebatan serta keberkesanan Feminin ketika beraksi untuk satu-satu persembahan semasa zaman kegemilangan mereka dahulu. Mereka tidak pernah berkira di mana persembahan itu diadakan... apa yang penting setiap persembahan itu adalah sesuatu yang unik dan perlu dijayakan dengan sebaik mungkin. Bahagian kedua 'showtime' Feminin ini kami kongsikan kepada semua untuk imbauan manis bersama... 



Feminin di awal karier mereka, masih berlima... menjayakan persembahan untuk konsert di Pesta Pulau Pinang. Dahulu, acara ini menjadi antara ikonik kepada pulau mutiara.


Peminat mereka di mana sahaja... Penjara Kajang antara tempat yang Feminin jejaki demi menghiburkan penggemar mereka.


Menghadiri sidang akhbar pengumuman senarai lagu-lagu yang berjaya ke separuh akhir Muzik-Muzik. Ketika ini Feminin mencalonkan lagu 'Untukmu'.


Gaya persembahan yang bersahaja tetapi cukup terkesan daripada Feminin ketka menjayakan Konsert Warner Music di Dataran Merdeka.


Feminin sebagai artis jemputan semasa pertandingan akhir Dewi Remaja anjuran majalh Remaja. Pada kami merekalah Dewi Remaja yang sebenar dan selamanya!


Tidak kira apa yang diberlaku dipentas, persembahan tetap dilakukan dengan penuh kejujuran. Terserlah tahap profesionalisme dan kejujuran mereka sebagai artis sejati.


Ini pula salah satu persembahan yang Feminin jayakan disalah sebiuah IPT negara. Bukti yang mereka diterima oleh segenap lapisan masyarakat kerana bukan semua artis mampu untuk menembusi tembok menara gading untuk melakukan persembahan!


Dibelakang pentas memberi sepenuh perhatian sebelum melakukan persembahan. Pastinya untuk lagu keramat mereka, 'Untukmu' pada pertandingan akhir Pujaan 10 Nescafe. Dahulu rancangan yang disiarkan di RTM ini merupakan saingan terdekat kepada rancangan Muzik-Muzik.


Bila tiba musim raya, Feminin antara yang diundang bagi memeriahkan suasana raya. Gambar ini ketika mereka menjayakan salah satu rancangan raya terbitan Prime 12, stesen TV di Singapura. Kelihatan Feminin sebaris dengan artis hebat Malaysia yang lain seperti Siti Nurhaliza, Amelina, dan lain-lain lagi.


Aksi Feminin semasa ditemubual oleh pengacara popular ketika itu saudara Azwan Ali.


Ini pula kenangan Feminin di road tour mereka di Sarawak. Mungkin ada yang tidak tahu, Feminin bukan sahaja satu nama besar di Semenanjung, mereka juga turut diminati oleh rakan-rakan kita di Sabah dan juga Sarawak.



Jika diperhatikan setiap persembahan, Feminin akan tampil berbeza dan tersendiri, menjadikan mereka terus diikuti bukan sekadar ingin menikmati lagu-lagu hebat mereka tetapi juga untuk melihat rupa terkini yang mereka gayakan. Tidak perlu rasanya untuk kami memberi ulasan panjang lebar kerana... biarlah gambar berbicara...