Isnin, Disember 27, 2010

Photos Collection - Best of Five (Part 3)

KEJUTAN DARI FEMININ!!!

Sejajar dengan sambutan dan penerimaan hebat  masyarakat terhadap lagu 'Untukmu', Feminin menambahkan lagi ledakan populariti mereka dengan membuat kejutan tampil dengan imej baru yang berani iaitu berambut pendek yang disertakan pemakaian anting-anting besar!


Ternyata pemilihan imej ini 'menjadi' dan terus diikuti oleh para remaja ketika itu. Mulai dengan saat itu juga, Feminin terus di 'chop' sebagai trend setter fesyen remaja. Tidak boleh dinafikan, selain pemilihan imej yang menarik, keunikan dan keunggulan Feminin turut disumbang dengan pemilihan lagu yang mesra pendengar serta gerak tari lincah dan lain dari yang lain.



Fenomena Feminin ini turut dilihat sebagai penyumbang kepada kewujudan kumpulan tari wanita yang lain seperti Res2, M'steen, Freshies dan lain-lain lagi. Namun begitu, tanpa pakej lengkap seperti Feminin, ternyata kumpulan-kumpulan ini bukan tandingan dan tidak mampu untuk wujud lama.

PROMO! Nantikan siri "Best of Four" 2011...

Khamis, Disember 23, 2010

Photos Collection - Best of Five (Part 2)

KEMUNCULAN FEMININ DI PERSADA SENI TANAHAIR

Awal tahun 1993 bermulalah detik kegemilangan Feminin dengan kelahiran album debut mereka berjudul 'Feminin - Untukmu'. Album ini juga menjadi bukti kemunculan Feminin secara rasmi ke dunia hiburan Malaysia.


Ketika ini Feminin tampil dengan imej seragam dengan warna-warna terang dan ceria. Sesuai dengan usia mereka yang masih awal remaja, pemilihan gaya ini ternyata berjaya mereka impak kepada cara berpakaian remaja Malaysia ketika itu.


Imej mereka diinspirasikan daripada fesyen 70an yang diadun sempurna dengan ciri-ciri semasa pada waktu itu iaitu but ala tentera dan tali pinggang berbuckle besar serta tatarias rupa yang sederhana. Walaupun terdapat segelintir pemerhati yang mengkritik imej mereka yang dikatakan kurang sesuai dengan konsep muzik yang dibawakan iaitu hip hop dan dance music, namun Feminin terus dengan cara mereka sendiri. Ini menyebabkan mereka sering mendapat perhatian setiap kali mereka tampil samada membuat persembahan (tv atau pentas) atau muncul dalam penerbitan (majalah atau akhbar).


Untuk entry bahagian ketiga dan akhir 'Best of Five' nanti.... kami akan kupas perubahan drastik Feminin dari segi rambut yang ternyata suatu tindakan tepat dalam mengukuhkan lagi jenama Feminin. Teruslah bersama kami...

Jumaat, Disember 17, 2010

1 Year in the NET

TERIMA KASIH SEMUA...

24 November 2010 genaplah setahun blog ini wujud.
Terima kasih atas sokongan semua...
Terutama 'Gang of Feminin Fan'.

Dengan jumlah kunjungan melebihi 3000 pengunjung (sehingga entry ini ditulis) dan 16 followers...
Blog ini makin membesar dan moga lebih luas lagi pengaruhnya untuk tahun-tahun mendatang...

Jumaat, Disember 10, 2010

Photos Collection - Best of Five (Part 1)

FEMININ... 
DI AWAL KEMUNCULAN...

Untuk entry kali ini kami himpunkan koleksi gambar-gambar di awal kemuculan Feminin di persada industri muzik tanahair. Terima kasih diucapkan kepada Gang of Feminin atas sumbangan material.

Berdiri dari kiri : Watie, As dan Along
Duduk dari kiri : Deq Nor dan Yatie
Kebanyakkan gambar-gambar ini diambil pada tahun 1992 di mana pada waktu itu Feminin masih berlima dengan penyertaan Along. Ketika ini juga Feminin masih belum mempunyai album. Debut album mereka iaitu album 'Feminin Untukmu' hanya mula dipasarkan pada tahun 1993.



Dengan kebijaksanaan Edd Razhe sebagai pengurus Feminin (sekarang beliau merupakan Pembantu Khas Pengerusi Air Asia), pemasaran jenama Feminin telah dilakukan dengan awal dan tersusun sebelum album dilancarkan. Ini menyebabkan kemunculan mereka secara rasmi amat dinanti-nantikan...

Sesi fotografi raya pertama Feminin

Jika diperhatikan, imej awal kemunculan Feminin tidaklah terlalu glamour. Dengan masing-masing masih dalam lingkungan belasan tahun, mereka berpakaian seperti gadis-gadis remaja pada zaman itu dengan t-shirt/blouse/kemeja longgar dan berjeans. Dengan berambut panjang bebas, ternyata tatarias rambut juga masih belum dititikberatkan.


Nantikan 'Best of Five (Part 2)' untuk melihat perubahan drastik Feminin dari segi imej dan penampilan selaras dengan pelancaran album debut mereka.