KEJUTAN DARI FEMININ!!!
Sejajar dengan sambutan dan penerimaan hebat masyarakat terhadap lagu 'Untukmu', Feminin menambahkan lagi ledakan populariti mereka dengan membuat kejutan tampil dengan imej baru yang berani iaitu berambut pendek yang disertakan pemakaian anting-anting besar!
Ternyata pemilihan imej ini 'menjadi' dan terus diikuti oleh para remaja ketika itu. Mulai dengan saat itu juga, Feminin terus di 'chop' sebagai trend setter fesyen remaja. Tidak boleh dinafikan, selain pemilihan imej yang menarik, keunikan dan keunggulan Feminin turut disumbang dengan pemilihan lagu yang mesra pendengar serta gerak tari lincah dan lain dari yang lain.
Fenomena Feminin ini turut dilihat sebagai penyumbang kepada kewujudan kumpulan tari wanita yang lain seperti Res2, M'steen, Freshies dan lain-lain lagi. Namun begitu, tanpa pakej lengkap seperti Feminin, ternyata kumpulan-kumpulan ini bukan tandingan dan tidak mampu untuk wujud lama.
PROMO! Nantikan siri "Best of Four" 2011...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan