KEMUNCULAN FEMININ DI PERSADA SENI TANAHAIR
Awal tahun 1993 bermulalah detik kegemilangan Feminin dengan kelahiran album debut mereka berjudul 'Feminin - Untukmu'. Album ini juga menjadi bukti kemunculan Feminin secara rasmi ke dunia hiburan Malaysia.
Ketika ini Feminin tampil dengan imej seragam dengan warna-warna terang dan ceria. Sesuai dengan usia mereka yang masih awal remaja, pemilihan gaya ini ternyata berjaya mereka impak kepada cara berpakaian remaja Malaysia ketika itu.
Imej mereka diinspirasikan daripada fesyen 70an yang diadun sempurna dengan ciri-ciri semasa pada waktu itu iaitu but ala tentera dan tali pinggang berbuckle besar serta tatarias rupa yang sederhana. Walaupun terdapat segelintir pemerhati yang mengkritik imej mereka yang dikatakan kurang sesuai dengan konsep muzik yang dibawakan iaitu hip hop dan dance music, namun Feminin terus dengan cara mereka sendiri. Ini menyebabkan mereka sering mendapat perhatian setiap kali mereka tampil samada membuat persembahan (tv atau pentas) atau muncul dalam penerbitan (majalah atau akhbar).
Untuk entry bahagian ketiga dan akhir 'Best of Five' nanti.... kami akan kupas perubahan drastik Feminin dari segi rambut yang ternyata suatu tindakan tepat dalam mengukuhkan lagi jenama Feminin. Teruslah bersama kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan