FEMININ...
DI AWAL KEMUNCULAN...
Untuk entry kali ini kami himpunkan koleksi gambar-gambar di awal kemuculan Feminin di persada industri muzik tanahair. Terima kasih diucapkan kepada Gang of Feminin atas sumbangan material.
Berdiri dari kiri : Watie, As dan Along Duduk dari kiri : Deq Nor dan Yatie |
Kebanyakkan gambar-gambar ini diambil pada tahun 1992 di mana pada waktu itu Feminin masih berlima dengan penyertaan Along. Ketika ini juga Feminin masih belum mempunyai album. Debut album mereka iaitu album 'Feminin Untukmu' hanya mula dipasarkan pada tahun 1993.
Dengan kebijaksanaan Edd Razhe sebagai pengurus Feminin (sekarang beliau merupakan Pembantu Khas Pengerusi Air Asia), pemasaran jenama Feminin telah dilakukan dengan awal dan tersusun sebelum album dilancarkan. Ini menyebabkan kemunculan mereka secara rasmi amat dinanti-nantikan...
Sesi fotografi raya pertama Feminin |
Jika diperhatikan, imej awal kemunculan Feminin tidaklah terlalu glamour. Dengan masing-masing masih dalam lingkungan belasan tahun, mereka berpakaian seperti gadis-gadis remaja pada zaman itu dengan t-shirt/blouse/kemeja longgar dan berjeans. Dengan berambut panjang bebas, ternyata tatarias rambut juga masih belum dititikberatkan.
Nantikan 'Best of Five (Part 2)' untuk melihat perubahan drastik Feminin dari segi imej dan penampilan selaras dengan pelancaran album debut mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan