Kali ini kami kongsikan aksi Feminin ketika menjayakan rancangan HMI terbitan RTM. Mereka telah mendendangkan lagu 'Rindu' secara miming dengan gerak tari asal lagu ini. Buat kesekian kalinya, Feminin telah beraksi dengan tiga ahli sahaja setelah pengunduran Deq Nor yang ingin memberi tumpuan kepada keluarga yang baru dibina.
Beraksi dengan kurang seorang ahli serta selaras dengan pertambahan usia mereka, busana yang dipilih lebih mewakili sisi dewasa mereka dengan tatarias yang tidak 'over the top'. Namun begitu, rakaman yang dilakukan sekitar awal tahun 1997 di auditorium P.Ramlee ini masih mampu menimbulkan pesona Feminin yang unggul walaupun tidak segah sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan