Ini merupakan kemunculan pertama kali Feminin di gelanggang separuh akhir Muzik Muzik dengan lagu 'Untukmu'... namun begitu, tidak dapat tidak ia juga menjadi 'mimpi ngeri' mereka kerana Feminin telah gagal memberi persembahan seperti diharapkan oleh semua pihak khususnya pemerhati dunia seni tanahair. Semua sedia maklum separuh akhir Muzik Muzik mengkehendaki setiap artis membuat persembahan secara langsung. Mungkin kerana kurang pengalaman dan gugup kerana pertama kali beraksi secara langsung serta ditambah pula dengan tekanan ramai pihak mengharapkan lagu 'Untukmu' yang memang sedang popular ketika itu untuk terus mara ke akhir, menjadikan keyakinan mereka ketika beraksi sedikit tergugat.
Dengan penumpuan lebih kepada vokal, konsep persembahan Feminin kali ini agak sederhana. Mereka masih menari (kecuali As) walaupun tidak selincah ketika persembahan miming... masih menghiburkan. Pemilihan pakaian juga agak sederhana sesuai dengan usia awal remaja mereka. Secara keseluruhan, bagi kami persembahan Feminin tidaklah mengecewakan sangat dan mulai saat ini mereka telah berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini dan hasilnya Feminin membuktikan mereka boleh menyanyi secara langsung.