Rabu, Disember 28, 2011

Photos Collection - Poster (Part 1)

Peminat-peminat dunia muzik era 90an memang terkenal dengan aktiviti mengumpul poster-poster artis kegemaran mereka. Ketika itu, pihak penerbitan khususnya majalah hiburan sentiasa berlumba-lumba mengeluarkan poster artis samada bersaiz besar atau sekadar pin-up sebagai umpan untuk melariskan jualan terbitan mereka. Artis-artis popular sering dijadikan rebutan untuk tampil sebagai penghias poster.

Femini tidak terkecuali, selain populariti yang dikecapi ditambah pula dengan sering tampil dengan imej yang unik menjadikan mereka antara artis 'wajib' untuk dijadikan poster setiap penerbitan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Berikut adalah antara poster-poster menampilkan Feminin yang ada dalam simpanan kami untuk anda semua...

Antara poster awal Feminin, ketika mereka masih berlima. Diwaktu ini, Feminin telah terpilih menjadi duta produk bagi barangan 'Apple Mints'.


Poster untuk majalah URTV, Feminin tampil dengan gaya dan tatarias 'rock chicks'.

Gaya Feminin ala-ala 60's. Poster yang dibuat bersempena dengan kelahiran album ketiga mereka. Poster ini diberi sekali kepada pembeli kaset atau CD.

Setelah Feminin tinggal bertiga, mereka masih terpilih untuk menjadi penghias poster. Kali ini untuk majalah Hai.


Poster pin-up majalah Media Hiburan mereka muncul dengan gaya elegan yg 'up to date'.

Red evening dress dengan gaya rambut yang classy dipilih untuk poster pin-up URTV. 


Ini adalah sebahagian poster yang ada dalam milikan kami. Jangan ketinggalan untuk saksikan lain-lain poster Feminin pada entri mendatang. Kepada Gang of Feminin yang masih ada menyimpan poster-poster mereka, mohon berkongsi kepada kami untuk kami kongsikan kepada gang yang lain.

Rabu, Disember 21, 2011

MTV Tribute from the Fans

Untuk entri kali ini, kami kumpulkan video-video yang dibuat oleh peminat-peminat Feminin sebagai penghargaan mereka kepada Feminin. Video yang terhasil agak amatur tetapi tetap mempunyai nilai yang tinggi dan berjaya menzahirkan minat mereka kepada kumpulan pujaan mereka ini. Kami amat menghargai usaha yang dilakukan ini, sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi blog ini dalam kita berkongsi minat yang sama. Kepada gang of Feminin yang lain, jika anda mempunyai video yang anda hasilkan khas untuk Feminin, sudi-sudikanlah untuk berkongsi kepada kami...



Video ini telah dihantar oleh saudara Hasnul Fikri (Gang of Feminin #002). Video yang agak melodrama ini yang berlatar belakangkan lagu 'Dealova' dendangan Once, dilihat kena dengan lirik yang menggambarkan minat mendalam pengirim terhadap Feminin. Dengan himpunan gambar-gambar Feminin semasa zaman kegemilangan mereka, serba sedikit berjaya menyentuh hati dengan kenangan indah kita bersama mereka suatu waktu dahulu.




Video ini pula telah dihasilkan oleh Heaven XxX (maklumat lengkap pengirim tiada dalam simpanan kami) khas untuk Nur Aqilah Hamim istimewa untuk hari jadinya yang ke-22. Mengambil lagu 'Untukmu' sebagai lagu latar dan inspirasi, ternyata hasilnya amat ceria dan meriah. Tiada imej Feminin di dalam video ini kerana keseluruhan video adalah terdiri daripada animasi dari imaginasi yang dibangunkan sendiri oleh pengirim.


Rabu, Disember 14, 2011

MTV Untukmu - KRU feat. Feminin



Populariti lagu 'Untukmu' dendangan kumpulan Feminin telah memberi idea kepada pencipta lagu tersebut iaitu kumpulan KRU untuk merakamkan semula dalam versi mereka. Bagi memberi kelainan, lagu 'Untukmu' versi KRU telah disampaikan dalam rentak acapella. Lagu yang dirakamkan pada tahun 1994, hampir dua tahun selepas lagu versi asal dirakamkan, dilihat berjaya menyuntik kelainan kepada lagu yang bertaraf malar segar ini.

Bagi merancakkan lagi penerbitan semula lagu ini, sebuah video klip telah diterbitkan. Video klip dengan jalan cerita yang 'straight foward' ini menggambarkan dari mula hingga akhir lagu, kumpulan KRU sedang membuat mini konsert di sebuah dewan tertutup tanpa penonton. Sebagai penghormatan, kumpulan Feminin telah muncul di akhir lagu sedang menyaksikan persembahan mereka. Bagi kami, usaha yang diambil oleh KRU ini bukanlah suatu yang sia-sia tetapi sebagai perbandingan, lagu dendangan asal Feminin masih tetap terbaik.

Rabu, Disember 07, 2011

Photos Collection - Best of Three (Part 1)

Untuk entry kali ini, kami himpunkan antara foto-foto terakhir Feminin sebelum mereka berundur secara rasmi dari dunia hiburan. Ketika ini, Feminin hanya tinggal bertiga setelah Deq Nor mengundurkan diri bagi memberi tumpuan penuh kepada keluarga. Jika diperhatikan, imej yang dipilih oleh Feminin lebih santai, elegan dengan tatarias yang sederhana, sesuai dengan umur dan status mereka sebagai isteri orang (kecuali Yatie yang masih bujang).

Ketika ini juga, aktiviti Feminin tidaklah semeriah semasa di awal kemunculan mereka dahulu. Masing-masing telah ada komitmen peribadi yang perlu diuruskan yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk menarik diri dari terus berkecimpung dalam dunia nyanyian. Maka berakhirlah... sebuah legasi yang bukan sedikit memberi kesan; khususnya kepada peminat yang membesar dengan lagu-lagu serta imej mereka dan bidang seni amnya.

Rata-rata peminat mereka masih mengharapkan agar Feminin membuat 'come back' sekurang-kurangnya dengan sebuah single baru... Saksikanlah 'The Best of Three' daripada Feminin... living legend... dulu, kini dan selamanya.


Tampil simple tetapi tetap mengekalkan imej Feminin... - sesi fotografi majalah Hits

Masih mengekalkan imej seragam dengan pemilihan busana rugged dari fabrik pvc. Penggunaan warna perak menyerlahkan lagi sisi kedewasaan Feminin. - sesi fotografi majalah URTV

Salah satu 'masterpiece' foto terbaik Feminin ketika tinggal bertiga. Keanggunan mereka terserlah walaupun tampil sederhana. - sesi fotografi majalah Jelita

Ini pula penampilan berani mereka dengan imej emas (yang kedua terbaik selepas imej botak). - sesi fotografi majalah Hits

Mengenakan dress malam dengan warna tema masing-masing beserta aksesori mewah ketika mereka hadir ke majlis Anugerah Bintang Popular tahun 1997.

Beraksi 'bebas' di studio milik mereka. - sesi fotografi kumpulan Utusan

Bergaya rock & alternative chicks! Feminin tetap Feminin... - sesi fotografi majalah URTV

Gaya santai mereka di Feminin Production ketika tidak mempunyai sebarang aktiviti seni.

Muncul serba hitam dengan citarasa seksi semasa menghadiri jemputan rancangan Muzik-Muzik.

Rabu, November 30, 2011

Feminin In The House - Mega Mix - Side B

Lanjutan dari entri sebelum ini, kali ini kami sajikan lagu-lagu remix seterusnya untuk side B. Hanya terdapat satu lagu remix manakala 2 track lagi merupakan minus one untuk lagu 'Rendak Disco 1,2,3' dan 'Untukmu'. Jom karaoke!!!

Track 1 - Tajuk Lagu : Feminin In The House (Megamix)
Download - FEMININ IN THE HOUSE (MEGAMIX)

Track 2 - Tajuk Lagu : Rentak Disco 1,2,3 (Minus One)
Download - RENTAK DISCO 1,2,3 (MINUS ONE)

Track 3 - Tajuk Lagu : Untukmu (Minus One)
Download - UNTUKMU (MINUS ONE)

Rabu, November 23, 2011

Feminin In The House - Mega Mix - Side A

Ramai yang tidak mengetahui, sebelum album kedua Feminin berjudul 'Kini' dilancarkan, syarikat rekod NSR telah mengeluarkan album remix dari kelangsungan sambutan hangat debut album mereka 'Untukmu'. Bagi gang of Feminin yang tidak berkesempatan mendapatkan serta mendengar album remix ini, kami sajikan khusus untuk anda lagu-lagu remix yang terdapat dalam album ini dari side A.


Track 1 - Tajuk Lagu : Feminin (Rhythmix)
Download - FEMININ (RHYTHMIX)


Track 2 - Tajuk Lagu : Rentak Disco 1,2,3 (Baby Jam Mix)
Download - RENTAK DISCO 1,2,3 (BABY JAM MIX)


Track 3 - Tajuk Lagu : Untukmu (4 U Mix)
Download - UNTUKMU (4 U MIX)


Track 4 - Tajuk Lagu - Wawasan Remaja (2020 Mix)
Download - WAWASAN REMAJA (2020 MIX)

Rabu, November 16, 2011

Gang of Feminin Fan - 028 - 033



Just Feminin is welcoming our new follower as follows:

Follower Name Gang of Feminin Fan Number

Hannie Hakimi                                  028

posmen                                           029

Seimura                                           030

amy farrah azudin                             031

Abdul Hadi Almanzo                         032

Joned                                               033

Congratulation!!! You are Gang of Feminin.

Rabu, November 09, 2011

Feminin Ada Gaya

Artikel diambil daripada Majalah Remaja

KEISTIMEWAAN Feminin berbanding artis lain terletak pada imej mereka yang unggul dan tersendiri. Setiap kali kemunculan, mereka akan tampil dengan imej yang berbeza. Keadaan ini meletakkan Feminin terus ke hadapan.


Di awalnya mereka masih tercari-cari imej yang sesuai. Masih mengekalkan rambut panjang dan imej keremajaan, Feminin agak ketinggalan. Tetapi setelah lagu ‘Untukmu’ meletup, Feminin mula berubah. Imej mereka mula selari dengan lagu mereka. Seterusnya Feminin terus mengukuhkan namanya dipersada seni. Meskipun pernah dikritik tidak mampu menyanyi ‘live’ dan hanya layak dikagumi hanya dek imej, mereka menganggap semua itu hanyalah asam garam. Hari ini Feminin agak menyepi. Dengar cerita bakal muncul dengan album baru. Tentunya peminat Feminin tidak sabar lagi untuk menantikan album mereka itu. Bagaimana pula imej Feminin kali ini?

Klik gambar untuk besar dan lihat artikel asal.

 

Rabu, November 02, 2011

Result Votes : Pole 1 - 5


Final result of votes collected from our blog:


Result of 1st Pole

Duration : June – August 2010
Question : What is your Feminin's favorite song?
1. Kini : 61%
2. Untukmu : 30%
3. Kurniaan Di Hari Raya : 8%
4. Kehadiran : 1%


Result of 2nd Pole

Duration : September – November 2010
Question : What is your Feminin's favorite album?
1. Kini : 48%
2. Untukmu : 31%
3. Seikhlas Budi Aidilfitri : 17%
4. Kembali : 4%


Result of 3rd Pole

Duration : December 2010 – February 2011
Question : What is your Feminin's favorite member?
1. As : 34%
2. Deq Nor : 29%
3. Yatie : 21%
4. Watie : 15%


Result of 4th Pole

Duration : March – May 2011
Question : What is your Feminin's favorite Image?
1. Short Hair Cut : 52%
2. Scarf with Mini Skirt : 22%
3. Elegant with Boot : 18%
4. 60 & 70 Style with Big Earring : 8%


Result of 5th Pole

Duration : June – August 2011
Question : What is your Feminin’s favorite Look?
1. Style with colour theme : 53%
2. Masquerade : 21%
3. Uniformity : 15%
4. Free and easy : 10%


Thanks for your support... and keep on voting for our next pole!


Regards
Just Feminin

Rabu, Oktober 26, 2011

Photos Collection - Behind The Scene...

Seringkali kami paparkan koleksi foto-foto dalam gaya atau pose esklusif daripada kumpulan Feminin. Untuk kali ini, apa kata kami kongsikan aksi-aksi mereka di belakang tabir. Ternyata walaupun dengan populariti yang dikecapi, mereka masih kekal 'happy go lucky' dan mudah didekati. Sesuai dengan usia remaja mereka dan inilah juga antara faktor mengapa Feminin terus diingati sehingga kini.

Di belakang pentas bersama penyanyi Wann. Kami tidak dapat mengenalpasti di mana gambar ini dirakam, mungkin Feminin sedang menunggu giliran membuat persembahan atau telah selesai menyanyi... Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada Gang of Feminin yang sudi berkongsi gambar ini dengan kami.

Di belakang pentas bersama penyanyi Sandi Suzuki daripada Jepun ketika mereka terlibat dalam menjayakan persembahan TV yang menggabungkan penyanyi antara Malaysia dan juga Jepun.

Setelah selesai menjayakan sebuah persembahan di Brunai. Gambar dirakam bersama Pengurus mereka abg Edd dan juga promoter daripada Brunai. 


Sentuhan akhir daripada abg Edd dan juga juru make up Feminin saudara Lan untuk sesi fotografi muka hadapan majalah Media Hiburan dengan penampilan 'botak' mereka.


Ceria bersama jurutari mereka saudara Amri setelah selesai menjayakan persembahan menyambut tahun baru di Dataran Merdeka.

Rabu, Oktober 19, 2011

Photos Collection - Feminin Give Back!

Pada zaman kegemilangan Feminin dahulu, selain sibuk dengan undangan persembahan dan sesi fotografi, mereka tetap berkesempatan meluangkan masa untuk 'memberi' khidmat mereka kepada masyarakat. Dengan populariti yang mereka raih, tidak salah rasanya untuk Feminin menarik perhatian masyarakat khususnya untuk kerja-kerja amal  dan berkebajikan.

Untuk entri kali ini, kami kongsikan sebahagian detik-detik 'Feminin Give Back!' untuk tatapan kita bersama. Mungkin anda berada ketika 'moment' ini dirakam dahulu. Enjoy! 


Dalam satu majlis semasa diundang untuk merasmikan sebuah salon dan butik kecantikan di ibukota Kuala Lumpur.



Dua gambar berikut dirakamkan ketika Feminin hadir di majlis tahlil dan doa selamat untuk seniman tersohor negara, arwahyarham Sudirman Haji Arshad.

Di meja jamuan selepas majlis tahlil dan doa selamat. 

Kenangan bersama rakan-rakan artis yang hadir pada majlis berkenaan.


Ketika hadir meraikan pemenang pertandingan Feminin Telekuiz sempena kelahiran album 'Kini' sekitar tahun 1995. 



Gambar diambil semasa Feminin menghadiri majlis ulangtahun majalah Media Hiburan. Yang berbaju putih adalah penyanyi Azie.



Feminin turut memberi sokongan kepada penganjuran Larian Tahun Baru 1997 yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan.



Feminin juga terlibat sebagai juri mencari bintang Lux, sebuah pertandingan nyanyian, ketika mereka menjadi duta sabun Lux. 



Gambar-gambar berikut pula diambil di majlis penganugerahan cakera platinum atas kejayaan album 'Kini' dan juga perlancaran album 'Kembali' mereka.

Bersama penerbit album... KRU...

Bergambar bersama memperagakan imej baru mereka kepada wartawan.

Bergambar kenangan bersama pengurus besar Warner Music Malaysia, label naungan Feminin. 

Rabu, Oktober 12, 2011

Photos Collection - Cover Page (Part 1)


Feminin sentiasa mendapat tempat menghiasi muka kulit depan majalah hiburan tempatan.

Memang tidak dapat dinafikan, di zaman kemuncak Feminin di persada seni tanahair suatu ketika dahulu, mereka sering menjadi rebutan pihak penerbitan untuk dijadikan penghias hadapan cetakan masing-masing. Selain populariti mereka, penampilan mereka ketika sesi fotografi yang unik dan tidak kitar semula menjadikan Feminin sering dinanti-nanti untuk muncul dalam majalah khususnya majalah hiburan.

Ketika itu majalah hiburan seperti URTV, Media Hiburan, VariaPop dan sisipan Mingguan Malaysia iaitu Pancaindera menjadi medium Feminin untuk berkongsi fesyen serta imej terkini mereka kepada peminat mereka khususnya dan para remaja amnya. Sedar atau tidak, demi menjaga nilai eksklusif mereka, Feminin melalui pengurus mereka iaitu abang Edd akan menghadkan kemunculan sebagai penghias hadapan untuk satu-satu penerbitan hanya sekali setahun!

Saksikan antara koleksi 'cover page' Feminin yang ada dalam simpanan kami... Lets refresh our memories!!! 

PANCAINDERA



VARIAPOP





MEDIA HIBURAN






URTV





LAIN-LAIN PENERBITAN

Majalah Jelita

Majalah Hai