Feminin sentiasa mendapat tempat menghiasi muka kulit depan majalah hiburan tempatan. |
Memang tidak dapat dinafikan, di zaman kemuncak Feminin di persada seni tanahair suatu ketika dahulu, mereka sering menjadi rebutan pihak penerbitan untuk dijadikan penghias hadapan cetakan masing-masing. Selain populariti mereka, penampilan mereka ketika sesi fotografi yang unik dan tidak kitar semula menjadikan Feminin sering dinanti-nanti untuk muncul dalam majalah khususnya majalah hiburan.
Ketika itu majalah hiburan seperti URTV, Media Hiburan, VariaPop dan sisipan Mingguan Malaysia iaitu Pancaindera menjadi medium Feminin untuk berkongsi fesyen serta imej terkini mereka kepada peminat mereka khususnya dan para remaja amnya. Sedar atau tidak, demi menjaga nilai eksklusif mereka, Feminin melalui pengurus mereka iaitu abang Edd akan menghadkan kemunculan sebagai penghias hadapan untuk satu-satu penerbitan hanya sekali setahun!
Saksikan antara koleksi 'cover page' Feminin yang ada dalam simpanan kami... Lets refresh our memories!!!
PANCAINDERA
VARIAPOP
MEDIA HIBURAN
URTV
LAIN-LAIN PENERBITAN
Majalah Jelita |
Majalah Hai |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan