Untuk entry kali ini, kami himpunkan antara foto-foto terakhir Feminin sebelum mereka berundur secara rasmi dari dunia hiburan. Ketika ini, Feminin hanya tinggal bertiga setelah Deq Nor mengundurkan diri bagi memberi tumpuan penuh kepada keluarga. Jika diperhatikan, imej yang dipilih oleh Feminin lebih santai, elegan dengan tatarias yang sederhana, sesuai dengan umur dan status mereka sebagai isteri orang (kecuali Yatie yang masih bujang).
Ketika ini juga, aktiviti Feminin tidaklah semeriah semasa di awal kemunculan mereka dahulu. Masing-masing telah ada komitmen peribadi yang perlu diuruskan yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk menarik diri dari terus berkecimpung dalam dunia nyanyian. Maka berakhirlah... sebuah legasi yang bukan sedikit memberi kesan; khususnya kepada peminat yang membesar dengan lagu-lagu serta imej mereka dan bidang seni amnya.
Rata-rata peminat mereka masih mengharapkan agar Feminin membuat 'come back' sekurang-kurangnya dengan sebuah single baru... Saksikanlah 'The Best of Three' daripada Feminin... living legend... dulu, kini dan selamanya.
|
Tampil simple tetapi tetap mengekalkan imej Feminin... - sesi fotografi majalah Hits |
|
Masih mengekalkan imej seragam dengan pemilihan busana rugged dari fabrik pvc. Penggunaan warna perak menyerlahkan lagi sisi kedewasaan Feminin. - sesi fotografi majalah URTV |
|
Salah satu 'masterpiece' foto terbaik Feminin ketika tinggal bertiga. Keanggunan mereka terserlah walaupun tampil sederhana. - sesi fotografi majalah Jelita |
|
Ini pula penampilan berani mereka dengan imej emas (yang kedua terbaik selepas imej botak). - sesi fotografi majalah Hits |
|
Mengenakan dress malam dengan warna tema masing-masing beserta aksesori mewah ketika mereka hadir ke majlis Anugerah Bintang Popular tahun 1997. |
|
Beraksi 'bebas' di studio milik mereka. - sesi fotografi kumpulan Utusan |
|
Bergaya rock & alternative chicks! Feminin tetap Feminin... - sesi fotografi majalah URTV |
|
Gaya santai mereka di Feminin Production ketika tidak mempunyai sebarang aktiviti seni. |
|
Muncul serba hitam dengan citarasa seksi semasa menghadiri jemputan rancangan Muzik-Muzik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan