Jumaat, Disember 12, 2014

Photos Collection - Tour @ Sarawak

Ingin kami rakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada GOFF dari Sarawak yang sudi berkongsi bahan-bahan kali ini iaitu sekitar rangka promosi Feminin untuk album 'Kini' di Bumi Kenyalang. Saksikanlah antara kenangan mereka di sana yang sempat dirakam untuk kongsian kita bersama.



Antara aktiviti yang sempat Feminin lakukan adalah menaiki bot penampang bagi merentasi Sungai Sarawak. Sekarang kawasan ini lebih dikenali sebagai Waterfront Kuching.

Foto yang dirakam ketika melawat salah sebuah rumah peminat bertuah yang terpilih. Feminin yang turut diminati oleh golongan kanak-kanak begitu mesra dan bersahaja melayani mereka. 

Walaupun punya nama yang besar, mereka tetap tampil 'humble'. Inilah yang menjadikan Feminin dan peminat mereka semakin rapat kerana jurang yang hampir tiada antara artis dan peminat.

Sesi bertemu peminat di salah sebuah kedai muzik di bandaraya Kuching.

Kenangan Feminin bersama Edd Razhe & anggota Dee Boys setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kenangan di belakang pentas bersama peminat-peminat sebelum Mini Showcase mereka.


Kempen promosi yang agak padat ini dilakukan Feminin dengan penuh santai selain menikmati sepenuhnya masa-masa terindah bersama peminat mereka di sana kerana dahulu jarak antara semenanjung dan juga Sabah/Sawarak agak 'jauh' berbanding sekarang. Kini dengan pelbagai pilihan pengangkutan selain hubungan alam maya, jarak yang jauh ternyata semaking dekat. Namun ia tidak pernah menjadi alasan untuk peminat di Borneo menyokong kerjaya seni Feminin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan