Rabu, April 23, 2014

Feminin Sebagai Duta Produk

Dunia seni pada tahun 90an, amat jarang dapat dilihat golongan artis terpilih untuk dijadikan duta sesebuah produk. Kebanyakan syarikat amat cerewet dalam memilih duta produk mereka. Hanya artis yang berada dalam kelas elit dan punyai faktor X serta aura hebat akan dipilih menjadi jurucakap mereka. Feminin antara yang punya pakej tersebut selain tuah yang berpihak kepada mereka.

Di awal kemunculan Feminin lagi, ketika mereka masih berlima, Feminin telah mula disambar menjadi duta produk jenama pakaian untuk golongan remaja iaitu Apple Mints. Keberanian mereka memotong pendek rambut sebagai imej Feminin, ternyata berbaloi bilamana imej ini menjadi perhatian dan ikutan remaja. Kehadiran Feminin yang turut digelar sebagai trend setter ketika itu, melengkapkan lagi proses promosi Apple Mints.


Jeans potongan ranggi antara trade mark Apple Mints dan selari dengan imej yang dibawa oleh Feminin.


Persalinan bareback sesuai untuk remaja ceria seperti Feminin.


Ini pula gaya rappers hasil interpertasi Apple Mints.


Selain duta produk, berbekalan pengaruh kuat Feminin ke atas mereka yang seusia, Feminin juga sering dipilih untuk melancarkan sesuatu projek. Nilai berita yang tinggi selain kemampuan menyuntik kesedaran kepada umum, perkongsian pintar ini memberi nilai tambah untuk kedua-dua pihak.


Feminin dipilih oleh syarikat makanan segera McDonalds untuk merasmikan cawangan mereka di Dayabumi, KL.


Gambar kenangan semasa Feminin melancarkan Salon Silvana di Gombak.


Kemuncak Feminin sebagai duta produk adalah ketika mereka diikat menjadi jurucakap Lux. Sempena pemilihan Feminin sebagai duta baru Lux, syarikat bertaraf antarabangsa ini telah mengeluarkan satu variasi khas gel mandian dengan nama Feminin. Ini melengkapkan lagi pencapaian hebat Feminin sebagai artis yang berprolifik tanahair.


Feminin melancarkan gel mandian dengan nama mereka sendiri. Kelihatan Pak Nil mengacarakan majlis yang penuh bersejarah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan