Di awal tahun 1990an, penggunaan internet yang agak terbatas dan belum meluas mengakibatkan kerja-kerja permasaran sesuatu produk lebih terarah kepada cara konvensional. Antara kaedah yang popular ketika itu adalah menggunakan media cetak. Medium ini amat berkesan kerana penerimaan khalayak terhadap bahan-bahan penerbitan seperti akhbar dan majalah amat berleluasa.
Disebabkan itu juga, syarikat rakaman sering mempromosikan produk-produk terbaharu artis-artis naungan mereka dengan membeli ruangan di majalah serta akhbar utama negara. Feminin sebagai antara artis yang aktif dan popular turut tidak ketinggalan mewar-warkan album serta aktiviti seni mereka kepada para peminat menggunakan kaedah ini. Berikut kami kongsikan antara poster atau iklan yang pernah digunakan Feminin dalam mempromosikan 'buah tangan' mereka.
Ini pula iklan mempromosikan debut album Feminin iaitu 'Untukmu'. Iklan ini ternyata berjaya menarik minat golongan remaja untuk membeli album ini seterusnya meletakkan Feminin di puncak populariti. |
Ternyata selain bakat, aura serta tuah... berjaya atau sebaliknya seseorang artis untuk bertapak dalam industri seni turut disumbangkan kepada kesungguhan pasukan syarikat rakaman dalam merangka teknik promosi yang kreatif dan berkesan. Feminin pintar mengadunkan semua ini untuk berada pada tahap mereka ketika ini. Ianya suatu patut dicontohi oleh mana-mana kumpulan baru yang merancang atau sedang bertapak dalam dunia hiburan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan