Rabu, Mac 19, 2014

MTV Karaoke Album Untukmu - Part 2

Tiba masanya kami kongsikan pula bahagian dua, MTV karaoke untuk lagu-lagu dari album 'Untukmu'. Selamat berhibur!!!




Sebuah lagu rap Melayu yang disulami dengan irama Malaysia. Dilengkapi dengan lirik pengkisahan pahlawan Melayu, satu percubaan berani Feminin mengetengahkan rap asli Malaysia.



Dalam menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan Wawasan 2020, maka Feminin tampil dengan lagu patriotik yang disampaikan dalam genre 'dance music'. Memang diluar kebiasaan untuk lagu patriotik tetapi amat bertepatan dengan pendengar sasaran mereka iaitu golongan remaja.



Lagi lagu berentak 'dance music'. Kali ini Feminin cuba menyampaikan nasihat melalui karya mereka. Ingatan ikhlas dari remaja kepada remaja.



Sebuah lagu balada cinta yang hebat dari segi susunan lagu dan lirik. Dilengkapkan pula dengan penyampaian yang sempurna daripada Feminin menjadikan lagu 'putus cinta' ini memang kena pada tempatnya. Ini antara bukti Feminin adalah artis serba boleh!



Lagu penutup untuk album 'Untukmu'. Lagu berentak hip hop ini merumuskan segalanya tentang hala tuju album dan juga kumpulan Feminin ketika itu.




Khamis, Mac 06, 2014

Poster/Iklan Promosi Album Feminin

Di awal tahun 1990an, penggunaan internet yang agak terbatas dan belum meluas mengakibatkan kerja-kerja permasaran sesuatu produk lebih terarah kepada cara konvensional. Antara kaedah yang popular ketika itu adalah menggunakan media cetak. Medium ini amat berkesan kerana penerimaan khalayak terhadap bahan-bahan penerbitan seperti akhbar dan majalah amat berleluasa.

Disebabkan itu juga, syarikat rakaman sering mempromosikan produk-produk terbaharu artis-artis naungan mereka dengan membeli ruangan di majalah serta akhbar utama negara. Feminin sebagai antara artis yang aktif dan popular turut tidak ketinggalan mewar-warkan album serta aktiviti seni mereka kepada para peminat menggunakan kaedah ini. Berikut kami kongsikan antara poster atau iklan yang pernah digunakan Feminin dalam mempromosikan 'buah tangan' mereka.


Iklan mengenai perjalanan seni serta rangka promosi Feminin; untuk dikongsi bersama peminat mereka. Iklan berkonsepkan ceria ini adalah tajaan Apple Mints turut menyatakan kedudukan Feminin dalam carta radio dan TV popular tanahair.


Ini pula iklan mempromosikan debut album Feminin iaitu 'Untukmu'. Iklan ini ternyata berjaya menarik minat golongan remaja untuk membeli album ini seterusnya meletakkan Feminin di puncak populariti.


Poster di awal kemunculan Feminin, strategi bijak yang diambil oleh pihak pengurusan Feminin bagi mewujudkan kesedaran awal peminat muzik kepada bakal kemunculan sesuatu yang baru dan segar. Ternyata strategi ini amat berkesan bila mana album dilancarkan, ianya menjadi rebutan dan terjual umpama 'goreng pisang panas'!


Antara iklan mempromosikan album 'Kini'. Ketika ini talian 'hotline' antara yang popular digunakan dalam menarik minat masyarakat. Selain memasarkan album baru, ia juga turut membuka peluang peminat untuk memenangi album ini dengan menelefon talian ini dan menjawab soalan-soalan mudah mengenai Feminin.


Ternyata selain bakat, aura serta tuah... berjaya atau sebaliknya seseorang artis untuk bertapak dalam industri seni turut disumbangkan kepada kesungguhan pasukan syarikat rakaman dalam merangka teknik promosi yang kreatif dan berkesan. Feminin pintar mengadunkan semua ini untuk berada pada tahap mereka ketika ini. Ianya suatu patut dicontohi oleh mana-mana kumpulan baru yang merancang atau sedang bertapak dalam dunia hiburan.