Khamis, Disember 05, 2013

Photos Collection - Poster (Part 2)

Feminin merupakan antara artis yang sering dipilih untuk menjadi penghias poster bagi terbitan majalah-majalah hiburan sekitar tahun 1990an. Selain poster digunakan sebagai pelaris sesebuah terbitan, ia juga sebagai penanda aras tahap populariti artis ketika itu.

Sebelum dunia maya mudah untuk dilayari, poster merupakan antara medium mendekatkan artis dengan peminat mereka. Ketika itu, rata-rata peminat artis khususnya Feminin akan berlumba-lumba mengumpul poster untuk dijadikan buku skrap sebagai tanda sokongan dan kenangan. Berikut kami kongsikan poster-poster Feminin yang mungkin pernah dan masih menjadi koleksi GOFF semua.





 Majalah Media Hiburan : Feminin tampil bersama Nico dengan busana ala Navy ketika di karpet merah AIM yang pertama.
 

Majalah Remaja : Menggayakan koleksi hari raya mereka untuk tahun 1995. Memilih baju kurung Kedah daripada kain lance berwarna terang mengikut tema warna setiap anggota Feminin. Mereka tampak ceria dan amat sesuai digayakan di pagi raya. Hiasan reben berwarna-warni pada rambut menambahkan elemen urban pada penampilan mereka.

Majalah Remaja : Kali ini untuk koleksi hari raya 1994 pula. Gaya lama tetap menjadi pilihan Feminin. Namun bagi menyesuaikan dengan imej mereka, pemilihan material yang menongkah arus dengan warna terang, nafas baru untuk persalinan lama.

Majalah Pesta : Gaya yang tidak dijangka! Tampil dengan jersey baseball menjadikan Feminin nampak segar serta aktif dalam kelainan yang menjadi!

Majalh Pesta : Aksi daring Feminin... walau pun hanya bert-shirt dan berseluar pendek, tatarias dan potongan rambut yang 'up to date', menjadikan penampilan simple ini nampak mahal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan