Kegemilangan kumpulan Feminin di awal 90an dahulu meninggalkan kesan bukan sedikit kepada dunia hiburan amnya dan para peminat mereka khususnya. Di ketika itu, kelahiran 'fan club' seseorang artis menjadi penanda aras kepada pengaruh yang mereka miliki. Feminin antara nama besar dalam industri turut tidak ketinggalan mewujudkan kelab peminat sebagai platform peminat untuk berkumpul dan mendapatkan info terkini mengenai artis pujaan mereka.
'Feminin Fan Club' telah dilancarkan hampir serentak dengan kelahiran album debut ketiga mereka iaitu album 'Kembali'. Bagi memudahkan para peminat untuk menyertai kelab ini, borang keahlian telah disertakan dalam setiap kaset/CD dengan yuran keahlian sebanyak RM30. Turut disertakan adalah borang untuk peminat yang berminat untuk membeli T-Shirt istimewa Feminin dengan harga RM29.90.
Contoh borang keahlian yang perlu diisi peminat yang berhasrat menyertai 'Feminin Fan Club'. |
Antara rekabentuk T-Shirt istimewa daripada Feminin untuk dimiliki oleh peminat mereka. |
Seperti yang dijangka, sambutan terhadap kelab peminat ini amat memberangsangkan. Banyak aktiviti telah dilaksanakan sebagai tanda penghargaan Feminin kepada penyokong-penyokong mereka. Selain itu, mereka yang menjadi ahli kelab ini turut mendapat keistimewaan berbentuk diskaun sekiranya mereka membeli pakaian serta barang-barang cenderamata di Feminin Butik selain perkhidmatan dandanan di Feminin Salon.
Sepit rambut 'fancy' antara trademark Feminin, turut boleh dimiliki peminat daripada Feminin Butik pada harga istimewa. |
Button menarik kumpulan Feminin antara cenderamata yang disediakan oleh Feminin. |
Mug istimewa Feminin antara koleksi mesti milik jika anda adalah peminat sejati kumpulan Feminin. |
Hubungan peminat dan artis umpama aur dan tebing yang saling melengkapi serta memerlukan antara satu sama lain. Pada era 90an, fan club adalah antara inisiatif berkesan yang boleh diambil untuk merealisasikan keakraban ini. Kewujudan Feminin Fan Club mengukuhkan lagi nama Feminin dan kesannya dapat dilihat sehingga ke hari ini bila mana keutuhan peminat terhadap kumpulan ini terus kekal segar selamanya.
Hebat..tahniah atas usaha anda menulis dan memaparkan gambar serta koleksi barangan yang berkait dengan kumpulan feminin......erk
BalasPadamMacam mane nak dptkan t shirt feminin ni ..dulu2 masa fan club ni ditubuhkan aku ada joint tapi selepas itu fan club feminin tak lagi aktive....boleh imform tak..ke e-mail syahfaen@yahoo.com...harap2 feminin akan buat reunion dgn peminat juga..dpt bergambar dgn kumpulan lagenda ni satu dari impian aku dan juga para peminat kumpulan ni pada awal 90an dulu..love u FemININ.
BalasPadamT-Shirt ni dh xde jual lg... x silap de GOFF yg berminat nk buat t-shirt Feminin yg baru. Bila dh jd kenyataan nnt kami war-war kan pada sume.
BalasPadam