Sempena musim perayaan tahun ini, kami himpunkan kepelbagaian penampilan Feminin di hari raya. Mungkin boleh dijadikan inspirasi anda dalam memilih gaya untuk lebaran kali ini.
|
Bagi mereka yang berani mencuba sesuatu yang menongkah arus, gaya ini amat bersesuaian untuk dipilih. Skirt kulit yang dipadankan dengan jubah jarang menjadikan si pemakai tampak sopan tetapi 'rugged'. |
|
Ditambah dengan selendang dan stoking sedondon paras peha, sesuai jika lebaran disambut di kota. |
|
Dengan solekan nipis tanpa sebarang aksesori pasti menjadi tumpuan di pagi raya. |
|
Yang inginkan sentuhan retro, gaya ini boleh dicuba. Baju kurung singkat dengan leher potongan lebar menambah keayuan sipemakai. Menambahkan sedikit elemen kontemporari, pilihan kain dari jenis kulit dipadankan dengan gaya ini. |
|
Menaikkan lagi mood retro, dandanan rambut tocang sanggul menyempurnakan lagi penampilan anda. |
|
Untuk menjadikan gaya retro lebih ceria, pemilihan kain dari warna terang amat bertepatan. Pemakaian selendang menambah seri Syawal anda. |
|
Jika berminat dengan gaya klasik, penampilan Feminin ini boleh dicuba. Baju kebarung dari kain lance warna lembut dipadankan pula dengan kain batik serta selendang, menjadikan pilihan klasik lebih 'classy'. Dandanan rambut 60an melengkapkan lagi penampilan klasik ini. |
|
Mahu tampil ringkas? Blaus pendek warna terang dengan potongan tangan paras siku sesuai untuk mereka yang lincah. Untuk menambahkan elemen ketimuran, kain dari corak batik dipilih. Sepit rambut sebagai aksesori tambahan 'memudakan' lagi gaya raya anda. |
|
Sentuhan Feminin terhadap fesyen baba & nyonya ini boleh dipertimbangkan jika mahu tampil berbeza dari tetamu yang lain. Melengkapkan gaya ini, terompah kayu boleh dipilih... pasti sipemakai menjadi tumpuan tetamu yang hadir. |
|
Rupa moden dan ringkas! Blaus merah paras peha dengan potongan ombak yang dipakai sekali dengan kain hitam dari jenis baldu tepat digaya ketika menghadiri jemputan rumah terbuka korporat. Solekan kusam dengan rambut diikat lepas ke depan mematangkan penampilan Feminin. |
|
Rupa gadis genit ceria jika gaya ini disesuaikan dengan penampilan anda! |
|
Penampilan yang ringkas dengan rambut disanggul satu tepat untuk pemakai yang 'happy go lucky'! Warna terang menyempurnakan lagi misi ini... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan