Feminin merupakan antara artis yang bijak mengurus kerjaya mereka. Dengan dibantu serta dibimbing oleh pengurus mereka yang sangat berwawasan, perjalanan karier Feminin dilihat sangat lancar dan meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih baik. Populariti yang mereka kecapi seharusnya seiring dengan pendapatan yang lumayan. Bagi memastikan segalanya tidak sia-sia, mereka maju selangkah ke hadapan lagi dengan menubuhkan 'Feminin Production', syarikat pengurusan yang menguruskan perjalanan seni mereka.
Sebagai simbolik atas kejayaan yang mereka kecapi, Feminin telah melancarkan syarikat mereka dengan merasmikannya secara gilang-gemilang. Serentak dengan itu juga mereka turut memperkenalkan 'fan club' Feminin untuk mengumpulkan semua peminat mereka bagi melaksanakan segala aktiviti secara bersama dan berkongsi segala kegiatan mereka kepada para peminat dengan lebih dekat lagi.
|
Dihari yang bersejarah... Feminin merasmikan 'Feminin Production'! |
|
Bergambar kenangan di sekitar pejabat mereka. |
|
Feminin dengan t-shirt khusus untuk peminat mereka yang menyertai fan club Feminin. |
Di bawah Feminin Production terdapat beberapa anak syarikat yang dikhususkan untuk menguruskan sesuatu bidang yang selari dengan kegiatan Feminin. Antaranya adalah Feminin Studio yang mengurus perjalanan studio samada untuk digunakan sebagai tempat jamming muzik atau latihan tarian. Feminin Butik mengendalikan fesyen dan gaya Feminin untuk dimiliki oleh peminat mereka. Feminin Salon pula menjalankan operasi salon khusus bagi mereka yang ingin mempunyai gaya rambut dan tatarias ala Feminin. Feminin Records turut diwujudkan untuk mengurus segala hakcipta Feminin dan artis-artis di bawah naungan mereka, Tam dan Dee Boyz merupakan artis-artis yang diuruskan oleh Feminin.
|
Gaya korporat Feminin ketika menguruskan salon mereka... |
|
Sesekali Feminin akan turun ke pandang memberi khidmat salon eksklusif kepada pelanggan mereka. |
Di sini juga turut ditempatkan pejabat urusan Feminin yang menempatkan bilik pengurus mereka serta bilik perbincangan yang sering digunakan untuk tujuan mesyuarat syarikat atau bersama klien-klien mereka. Di pejabat mereka juga ada disediakan ruangan mini galeri yang menghimpunkan segala pemberian/hadiah peminat serta anugerah/pengiktirafan yang Feminin terima sebagai antara cara penghargaan Feminin. Masih kami ingat, antara ruang pejabat yang menjadi tarikan pengunjung adalah 'wall of fame', kawasan yang dihimpunkan semua poster-poster yang pernah Feminin lakukan.
|
Sesi perbincangan dan penyusunan jadual seni Feminin sering dilakukan secara bersama dengan pengurus mereka iaitu saudara Edd Radze. |
|
Inilah dia 'Wall of Fame' yang terdapat di pejabat Feminin Production! |
Sesungguhnya kewujudan Feminin Production menjadi lambang bahawa artis-artis muda seperti Feminin hadir dengan azam untuk berjaya bukan sekadar meraih galmour malah salah satu cara untuk meneroka dunia perniagaan. Langkah ini amat bertepatan sementalah mereka sering menjadi ikon kepada golongan remaja. Semoga usaha bijak ini menjadi ikutan dan contoh kepada peminat-peminat Feminin.
|
Bergambar dihadapan pejabat mereka. |