Anugerah Industri Muzik atau dikenali juga sebagai AIM merupakan antara anugerah berprestij yang mengiktiraf hasil kerja mereka yang terlibat di dalam industri muzik Malaysia. Para penerima anugerah dipilih oleh barisan juri profesional yang terdiri dari mereka yang arif dengan dunia muzik seperti penerbit album, pencipta lagu, wartawan hiburan dan lain-lain lagi. Maka dengan itu, para artis amat mendambakan trofi AIM sementalah ia merupakan pengiktirafan tulen atas kualiti hasil kerja mereka.
Majlis penganugerahan seni muzik tanahair tahunan AIM ini buat julung kalinya telah diadakan pada 15 Disember 1993 di Nirwana Ballroom, Hotel Hilton Kuala Lumpur. Di dalam AIM yang pertama ini, sebanyak 10 kategori telah dipertandingkan di samping sebuah anugerah khas iaitu Anugerah Sri Wirama untuk seniman atau seniwati yang mengukir pencapaian cemerlang dalam industri muzik sepanjang tahun 1993.
Posing istimewa Feminin bersama kumpulan Nico di acara karpet merah |
Penganjuran AIM yang pertama ini tidaklah segah sekarang dan hanya ditayangkan di televisyen secara siaran tertunda. Namun ia tetap meriah dengan kehadiran ramai artis samada tercalon atau pun tidak sebagai tanda memberi sokongan. Pada AIM ini juga Feminin telah terpilih untuk mengadakan persembahan dan seperti biasa mereka berjaya melakukan persembahan cemerlang dengan lagu 'Untukmu'. Memilih persalinan ala-ala tentera laut, kehadiran Feminin ternyata menyuntik kelainan dan menarik perhatian hadirin.
Beraksi secara langsung mendendangkan lagu 'evergreen' mereka iaitu 'Untukmu' |
Pada AIM ini juga, Feminin telah tercalon untuk kategori Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) bersama-sama dengan calon-calon lain iaitu kumpulan Visa, Panji, Nico dan Samudera. Bukan sekadar bergantung kepada populariti yang mereka raih ketika itu, diiringi dengan kualiti yang mereka ada, juri sekata untuk memilih Feminin sebagai pemenang sulung untuk kategori Artis Baru Terbaik (Berkumpulan).
Feminin menyampaikan ucapan setelah diumumkan sebagai penerima trofi AIM |
Kejayaan Feminin ini membuktikan yang kehadiran mereka di persada industri muzik Malaysia bukan sekadar untuk meraih populariti tetapi mereka hadir kerana mempunyai pakej lengkap dan mampu memberi sesuatu kepada industri.
Bergaya dengan trofi yang dimenangi |
Bergambar ramai dengan barisan pemenang AIM 1993 |
Pengiktirafan yang diterima oleh Feminin daripada AIM ini membakar semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk peminat mereka khususnya dan dunia seni umumnya. Pengiktirafan ini dilihat suatu yang tepat kerana walaupun kini mereka sudah tidak lagi aktif menyanyi tetapi kehadiran serta legasi yang ditinggalkan Feminin masih tetap utuh dan terus relevan merentas masa.
lama tak singgah sini...apa perkemabangan terbaru,,,
BalasPadamNantikan kemunculan Feminin dalam rancangan 90an Gerek di saluran Suria pada 5 Mac 2013 jam 8.30 malam.
Padam