Peminat dan artis umpama aur dan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Selain bakat serta pakej yang tersendiri, kejayaan seseorang artis memang banyaknya bergantung kepada sokongan peminat. Menyedari hakikat ini, kumpulan Feminin memang dikenali antara artis yang sering menghargai sokongan para peminat mereka sementalah ramai di kalangan peminat mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak serta para remaja.
Untuk mengimbau detik itu, kami himpunkan foto-foto saat Feminin bermesra bersama peminat mereka.
Bergambar dengan peminat cilik mereka ketika hadir dalam sebuah majlis sambutan hari raya. |
Masih sempat meluangkan masa bermesra bersama peminat kecil mereka semasa sesi fotografi raya majalah URTV. |
Rombongan Feminin and Fans ke Port Dickson... Feminin bersama penari mereka... |
Gambar kenangan rombongan Feminin and Fans di PD. |
Feminin tidak kisah untuk makan diwarung... berehat selepas penat mengikuti aktiviti bersama peminat di PD. |
Bersama mereka yang menjadi tulang belakang Feminin ketika meraikan sambutan hari jadi Deq Nor. |
Feminin turun padang menyokong Hari Aids Sedunia, selesa dalam gaya santai melayani pengunjung. |
Tekun memberi autograf seusai konsert mereka di Genting Highlands. |
Penghargaan kami rakamkan kepada Gang of Feminin Fan yang sudi berkongsi momen indah ini kepada kami untuk tatapan kita semua... Mungkin ada di antara gambar-gambar ini terselit gambar anda, berbanggalah kerana ianya suatu yang perlu dikenang dan tidak ternilai harganya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan