Sabtu, Jun 16, 2012

Photos Collection - Transformasi Feminin

Tindakan berani serta kreativiti tanpa had yang diamalkan Feminin merupakan suatu tanda aras tersendiri dalam  imej artis berkumpulan khususnya serta dunia seni tanahair amnya. Keberanian Feminin bereksperimentasi dalam penampilan mereka bukan sahaja menjadikan mereka dikenali malah sering menjadi ikutan serta rujukan remaja dalam berfesyen ketika itu .

Untuk entri kali ini, kami paparkan gaya-gaya serta imej-imej Feminin selama 6 tahun mereka bergerak aktif sebagai pelopor artis berkumpulan wanita Malaysia. Dari remaja biasa kepada 'trendy and sassy', from zero to hero... inilah FEMININ... suatu transformasi from 1992 to 1997...

Di awal kemunculan, mereka masih mencari arah dalam berpenampilan. Tampil dengan gaya santai remaja ternyata kurang memberi impak kepada dunia hiburan Malaysia.

Setelah muncul dengan debut album 'Untukmu', Feminin menukar penampilan dengan memotong rambut pendek ala helmet sesuai dengan konsep muzik yang dibawa yang memerlukan mereka bergerak aktif ketika beraksi.

Berimej rambut pendek yang diiringi fesyen yang tersendiri, kemunculan mereka sering dinanti-nanti peminat untuk mengetahui fesyen terbaru mereka.

Feminin menukar lagi gaya rambut mereka kepada potongan 'boy cut' sempena kelahiran album studio kedua mereka 'Kini'. Imej ini memang menjadi dan menjadikan mereka diiktiraf sebagai berani dan trend setter remaja waktu itu...

Seiring dengan penambahan umur mereka, Feminin memilih untuk tampil sedikit dewasa tetapi dalam acuan Feminin sendiri.

Gaya rambut Feminin ketika hadir dengan album studio ketiga, 'Kembali'. Mereka mengikalkan rambut yang disatukan dengan pemilihan busana yang sedikit seksi.

Gaya ayu gadis pinggitan dari Feminin. Membuktikan Feminin sesuai untuk semua jenis gadis yang ada di Malaysia.

Gaya urban pula dari Feminin... untuk selera penghuni kota...

Gaya elegan dari Feminin... transformasi dari remaja ke alam dewasa.

Mereka memang sesuai untuk apa gaya sekali pun. Walaupun mengenakan busana 'evening dress', diadunkan dengan tatarias gaya Feminin... hasilnya suatu yang eksklusif!

Imej terakhir mereka sebelum berundur dari dunia seni tanahair. Bergaya rambut panjang dengan pemilihan busana 'rock & alternative chicks'. Sisi lain Feminin...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan