Umum mengetahui jenama sabun haruman mandian Lux merupakan antara syarikat antarabangsa yang aktif mengambil artis-artis tempatan menjadi duta produk mereka dari dulu sehingga sekarang. Antara nama-nama artis yang pernah menjadi duta produk mereka ialah Sheila Majid, Ogy Ahmad Daud, Amy Mastura dan ramai lagi.
Namun untuk julung-julung kalinya Lux telah memilih artis berkumpulan sebagai wakil produk mereka dan Feminin adalah artis bertuah tersebut!
Iklan komersial ini telah dilakukan sekitar tahun 1995-96 ketika Feminin muncul dengan album studio ketiga mereka. Mungkin kerana tranformasi imej mereka dari remaja ke dewasa yang elegan selain faktor populariti yang dikecapi, menjadi faktor pemilihan Feminin sebagai jurucakap Lux ketika itu. Iklan yang berdurasi lebih kurang 1 minit ini telah dilakukan pengambaran di luar serta di dalam studio.
Pengambaran luar dilakukan di sebuah kolam renang serta dalam sebuah bas yang menunjukkan seolah-olah mereka sedang mengadakan tour konsert. Diikuti dengan pengambaran dalam studio dengan jalan cerita konsert sedang dilakukan. Ternyata hasilnya memang suatu yang amat membanggakan. Dengan taraf pengarahan serta gerak kamera bertaraf antarabangsa, dilengkapkan pula dengan Feminin sendiri yang memang sentiasa tampil unik, ceria dan stylish, hasil akhir komersial ini sungguh memuaskan. Pujian untuk semua yang terlibat dalam penghasilannya!!!
Iklan komersial di bawah ini pula adalah edisi untuk siaran tv di Indonesia. Masih menggunakan visual yang sama tetapi menukar audionya bagi menyesuaikan dengan sasaran pasaran di sana. Sesungguhnya pengaruh yang telah Feminin bina ternyata telah melampaui sempadan!
Iklan komersial di bawah ini pula adalah edisi untuk siaran tv di Indonesia. Masih menggunakan visual yang sama tetapi menukar audionya bagi menyesuaikan dengan sasaran pasaran di sana. Sesungguhnya pengaruh yang telah Feminin bina ternyata telah melampaui sempadan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan