Rabu, Oktober 26, 2011

Photos Collection - Behind The Scene...

Seringkali kami paparkan koleksi foto-foto dalam gaya atau pose esklusif daripada kumpulan Feminin. Untuk kali ini, apa kata kami kongsikan aksi-aksi mereka di belakang tabir. Ternyata walaupun dengan populariti yang dikecapi, mereka masih kekal 'happy go lucky' dan mudah didekati. Sesuai dengan usia remaja mereka dan inilah juga antara faktor mengapa Feminin terus diingati sehingga kini.

Di belakang pentas bersama penyanyi Wann. Kami tidak dapat mengenalpasti di mana gambar ini dirakam, mungkin Feminin sedang menunggu giliran membuat persembahan atau telah selesai menyanyi... Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada Gang of Feminin yang sudi berkongsi gambar ini dengan kami.

Di belakang pentas bersama penyanyi Sandi Suzuki daripada Jepun ketika mereka terlibat dalam menjayakan persembahan TV yang menggabungkan penyanyi antara Malaysia dan juga Jepun.

Setelah selesai menjayakan sebuah persembahan di Brunai. Gambar dirakam bersama Pengurus mereka abg Edd dan juga promoter daripada Brunai. 


Sentuhan akhir daripada abg Edd dan juga juru make up Feminin saudara Lan untuk sesi fotografi muka hadapan majalah Media Hiburan dengan penampilan 'botak' mereka.


Ceria bersama jurutari mereka saudara Amri setelah selesai menjayakan persembahan menyambut tahun baru di Dataran Merdeka.

Rabu, Oktober 19, 2011

Photos Collection - Feminin Give Back!

Pada zaman kegemilangan Feminin dahulu, selain sibuk dengan undangan persembahan dan sesi fotografi, mereka tetap berkesempatan meluangkan masa untuk 'memberi' khidmat mereka kepada masyarakat. Dengan populariti yang mereka raih, tidak salah rasanya untuk Feminin menarik perhatian masyarakat khususnya untuk kerja-kerja amal  dan berkebajikan.

Untuk entri kali ini, kami kongsikan sebahagian detik-detik 'Feminin Give Back!' untuk tatapan kita bersama. Mungkin anda berada ketika 'moment' ini dirakam dahulu. Enjoy! 


Dalam satu majlis semasa diundang untuk merasmikan sebuah salon dan butik kecantikan di ibukota Kuala Lumpur.



Dua gambar berikut dirakamkan ketika Feminin hadir di majlis tahlil dan doa selamat untuk seniman tersohor negara, arwahyarham Sudirman Haji Arshad.

Di meja jamuan selepas majlis tahlil dan doa selamat. 

Kenangan bersama rakan-rakan artis yang hadir pada majlis berkenaan.


Ketika hadir meraikan pemenang pertandingan Feminin Telekuiz sempena kelahiran album 'Kini' sekitar tahun 1995. 



Gambar diambil semasa Feminin menghadiri majlis ulangtahun majalah Media Hiburan. Yang berbaju putih adalah penyanyi Azie.



Feminin turut memberi sokongan kepada penganjuran Larian Tahun Baru 1997 yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan.



Feminin juga terlibat sebagai juri mencari bintang Lux, sebuah pertandingan nyanyian, ketika mereka menjadi duta sabun Lux. 



Gambar-gambar berikut pula diambil di majlis penganugerahan cakera platinum atas kejayaan album 'Kini' dan juga perlancaran album 'Kembali' mereka.

Bersama penerbit album... KRU...

Bergambar bersama memperagakan imej baru mereka kepada wartawan.

Bergambar kenangan bersama pengurus besar Warner Music Malaysia, label naungan Feminin. 

Rabu, Oktober 12, 2011

Photos Collection - Cover Page (Part 1)


Feminin sentiasa mendapat tempat menghiasi muka kulit depan majalah hiburan tempatan.

Memang tidak dapat dinafikan, di zaman kemuncak Feminin di persada seni tanahair suatu ketika dahulu, mereka sering menjadi rebutan pihak penerbitan untuk dijadikan penghias hadapan cetakan masing-masing. Selain populariti mereka, penampilan mereka ketika sesi fotografi yang unik dan tidak kitar semula menjadikan Feminin sering dinanti-nanti untuk muncul dalam majalah khususnya majalah hiburan.

Ketika itu majalah hiburan seperti URTV, Media Hiburan, VariaPop dan sisipan Mingguan Malaysia iaitu Pancaindera menjadi medium Feminin untuk berkongsi fesyen serta imej terkini mereka kepada peminat mereka khususnya dan para remaja amnya. Sedar atau tidak, demi menjaga nilai eksklusif mereka, Feminin melalui pengurus mereka iaitu abang Edd akan menghadkan kemunculan sebagai penghias hadapan untuk satu-satu penerbitan hanya sekali setahun!

Saksikan antara koleksi 'cover page' Feminin yang ada dalam simpanan kami... Lets refresh our memories!!! 

PANCAINDERA



VARIAPOP





MEDIA HIBURAN






URTV





LAIN-LAIN PENERBITAN

Majalah Jelita

Majalah Hai


Rabu, Oktober 05, 2011

Photos Collection - Best of Four (Part 8)

Personal Pose


Salah satu rahsia kejayaan Feminin untuk terus diingati sehingga kini adalah mereka lebih mengutamakan kumpulan untuk tujuan publisiti berbanding pendedahan secara individu. Untuk sebarang sesi fotografi atau persembahan TV mahupun pentas mereka akan tampil berkumpulan walaupun ada ketikanya permintaan untuk mereka muncul secara individu tetap ada.

Mungkin kerana persona setiap ahli Feminin yang berbeza dan tersendiri, mereka tidak dapat lari dari lensa jurukamera untuk merakam aksi mereka secara individu. Namun begitu, imej Feminin masih jitu dalam penampilan individu mereka. Saksikan koleksi foto yang sempat kami kumpulkan untuk 'personal pose' kali ini...



Gaya 'doll' ala-ala 'black metal' menyerlahkan aura berbeza setiap anggota Feminin.

Santai ditepi pantai... pose yang kuat dengan nilai remaja yang ringkas dan ranggi.

Imej elegan dengan pose 'high class' masing-masing.

Pose semasa membuat persembahan menyerlahkan lagi identiti setiap ahli Feminin.

Fotografi raya turut tidak tertinggal untuk dirakamkan aksi personal setiap anggota Feminin.