Rabu, Ogos 10, 2011

Photos Collection - Hari Raya (Part 4)

Musim raya kembali lagi! Bagi menimbulkan mood ceria menantikan ketibaan Syawal, kami himpunkan koleksi foto-foto Feminin ketika menggayakan busana Aidilfitri. Mungkin boleh memberi sedikit ilham kepada semua apa yang bakal digayakan di pagi Lebaran nanti...

Sementara menunggukan detik 'itu', teruskanlah beramal dan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Enjoy the photos... its really our sweet memories!!!

Sesi fotografi untuk Majalah URTV : Menggayakan kebaya daripada material kain klasik berwarna polos dengan potongan longgar. Tatarias yang sederhana amat sesuai untuk mereka yang sukakan kesederhanaan.

Sesi fotografi untuk Majalah Media Hiburan : Tampil berani dengan warna terang. Berkebaya pendek yang dipadankan dengan kain bercorak kotak kecil yang bertona warna sama. Anggun ayu dengan rambut ditocang satu dan diikat dengan riben-riben kecil.

Sesi fotografi untuk Majalah VariaPop : Feminin menampilkan fesyen lama yang diberi sentuhan moden. Busana kurung Kedah daripada kain lance yang dipadankan dengan kain kulit berwarna hitam. Menimbulkan lagi mood ketimuran, selendang putih dipilih untuk menutupi kepala.
Shot lain bagi sesi fotografi yang sama.

Rumah terbuka Feminin : Memilih baju kurung moden dengan corak yang tidak keterlaluan, sesuai bagi mereka yang tampil sebagai tuan rumah acara yang memerlukan mereka mudah bergerak bebas melayan tetamu.



Sesi fotografi untuk Majalah Media Hiburan : Hanya tampil berdua dengan Watie tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan peribadi (Deq Nor telah keluar daripada Feminin ketika sesi fotografi ini dilakukan). Pemilihan busana yang bertepatan dengan sambutan raya yang kebetulan disambut serentak dengan Tahun Baru Cina ketika itu.

Sesi fotografi untuk sisipan Pancaindera : Tampil biasa sahaja dengan kurung moden bercorak bunga-bunga kecil sesuai dengan set fotografi bertemakan rumah terbuka Feminin. Mereka bijak mengadaptasikan tema dengan menggunakan solekan dan dandanan ringkas.

Sesi fotografi untuk sisipan Pancaindera : Sesi fotografi yang dilakukan untuk mempromosi Feminin Production yang baru ditubuhkan. Untuk itu, Feminin tampil dengan gaya simple supaya objektif asal tidak dibayangi dengan penampilan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan