Cubaan kedua Feminin menyanyikan lagu berentak balada selepas lagu 'Selamat Tinggal Cinta' daripada album pertama. Ternyata cubaan ini tidak sia-sia dan menberi kesan yang bukan sedikit dalam perjalanan seni mereka. Paling tidak, lagu ini membuktikan yang mereka boleh menyampaikan lagu berentak perlahan dengan penghayatan yang baik selain mampu menambah variasi dalam persembahan mereka.
Demi mendapatkan mood yang terbaik, pengambaran MTV ini telah dilakukan sepenuhnya di sebuah kampung di Tanjung Karang pada waktu awal pagi. MTV 'Di Mana' ini juga menguji kebolehan mereka berlakon kerana MTV ini mempunyai jalan cerita mengenai gadis kampung yang kesedihan akibat kegagalan cintanya. Dengan pemilihan busana ala-ala kedesaan dengan make up yang nipis berjaya menunjukkan sisi lain setiap anggota kumpulan Feminin.
Satu lagi MTV berkualiti daripada Feminin yang boleh membuatkan peminat-peminat mereka bangga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan