Rabu, Mac 30, 2011

MTV Sendiri - Feminin


Lagu 'Sendiri' merupakan single keempat kumpulan Feminin yang dipetik daripada ablum 'Kini' mereka. Memang tidak dapat dinafikan, terdapat banyak lagu daripada album 'Kini' yang mesra pendengar yang seterusnya dijadikan single mereka. Penerimaan baik peminat kepada lagu ini menyebabkannya ianya terpilih untuk dijadikan salah satu MTV Feminin.

Lagu yang berentak 'dance music' ini memang menjadi 'makanan' Feminin untuk memperlihatkan kehebatan mereka dalam gerak tari lincah, unik serta tersendiri. Untuk itu, keseluruhan penggambaran MTV ini dibuat seolah-olah mereka sedang mengadakan mini showcase dengan aksi tarian dalam suasana meriah lebih ditonjolkan, walaupun hakikatnya lagu ini menceritakan tentang kisah pasangan putus cinta disebabkan keegoan masing-masing.

Penggambaran MTV ini dilakukan di atas 'roof top' Hotel Sheraton, KL pada waktu malam. Feminin menggunakan sebanyak dua persalinan mengikut warna tema setiap ahli Feminin.

Rabu, Mac 23, 2011

MTV Di Mana - Feminin


Cubaan kedua Feminin menyanyikan lagu berentak balada selepas lagu 'Selamat Tinggal Cinta' daripada album pertama. Ternyata cubaan ini tidak sia-sia dan menberi kesan yang bukan sedikit dalam perjalanan seni mereka. Paling tidak, lagu ini membuktikan yang mereka boleh menyampaikan lagu berentak perlahan dengan penghayatan yang baik selain mampu menambah variasi dalam persembahan mereka.

Demi mendapatkan mood yang terbaik, pengambaran MTV ini telah dilakukan sepenuhnya di sebuah kampung di Tanjung Karang pada waktu awal pagi. MTV 'Di Mana' ini juga menguji kebolehan mereka berlakon kerana MTV ini mempunyai jalan cerita mengenai gadis kampung yang kesedihan akibat kegagalan cintanya. Dengan pemilihan busana ala-ala kedesaan dengan make up yang nipis berjaya menunjukkan sisi lain setiap anggota kumpulan Feminin.

Satu lagi MTV berkualiti daripada Feminin yang boleh membuatkan peminat-peminat mereka bangga!

Rabu, Mac 16, 2011

MTV Rindu - Feminin


MTV 'Rindu' merupakan MTV kedua yang diterbitkan untuk album kedua Feminin. MTV ini tidak menekankan kepada jalan cerita tetapi lebih kepada ekspresi setiap anggota Feminin kepada perkataan 'Rindu' itu sendiri. Keseluruhan pengambaran MTV ini dibuat di dalam studio dengan penggunaan imej visual hitam dan putih.

Feminin memilih penampilan stylo dengan tatarias serta rambut yang agak futuristik, sesuai dengan melodi lagu 'Rindu' yang sedikit 'up beat advance' pada zaman itu. Pemakaian 'contact lense' berwarna menjadikan mereka lebih elegan. Ia sesuatu yang baru dan Feminin telah menjadi 'trend setter' kepadanya sebelum mula popular di kalangan artis-artis lain.

Secara keseluruhannya, MTV ini yang dihasilkan dengan kualiti yang boleh dibanggakan, banyak dipengaruhi oleh salah satu ikon kumpulan Feminin iaitu Madonna. MTV ini juga menyerlahkan lagi kreativiti dan prestij mereka di arena muzik tanahair.

Rabu, Mac 09, 2011

Mari Beramal

Kepada semua pembaca yang ingin mendapatkan CD atau VCD original pada harga yang murah sambil menyumbang atau menderma kepada mereka yang memerlukan... bolehlah melayari http://belidanberi.lot.my/

Front page beridanbeli.lot.my
1/3 daripada harga jualan akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih. Harga termasuk kos penghantaran dan akan ditolak RM5 jika mengambil sendiri CD atau VCD yang dipesan.

Antara CD/VCD yang dijual.
Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia dan baik kedudukan... Marilah kita sama-sama memberi sokongan.

Rabu, Mac 02, 2011

MTV Kini - Feminin


Merupakan antara MTV terbaik yang pernah dihasilkan oleh kumpulan Feminin. MTV 'Kini' diterbitkan sempena kelahiran single pertama mereka dari album kedua dengan tajuk yang sama iaitu Feminin Kini. MTV yang diterbitkan dalam format filem ini menjadi antara MTV terawal di Malaysia yang menggunakan format ini. Ia secara tidak langsung menjadi penanda aras kepada kualiti penghasilan sesebuah MTV.

Jalan cerita untuk MTV ini tidaklah terlalu menekankan penceritaan tetapi lebih kepada sinematografi yang menarik dan indah yang menjadi simbolik untuk menterjemahkan lirik lagu. Dengan memperagakan dua set persalinan serta tatarias yang tidak terlalu berat, sudah cukup untuk menghasilkan visual elegan Feminin yang juga selari dengan imej mereka ketika ini.

MTV ini telah dirakamkan di Hotel Sheraton KL dengan kafe terbesar hotel ini dipilih menjadi set utama selain sekitar ruang legar dan tangga lobi. Penggambaran telah dilakukan pada waktu awal pagi bagi mendapatkan mood suram dan hening yang sesuai dengan kehendak lagu 'Kini'.