Khamis, September 23, 2010

Photos Collection - Hari Raya (Part 3)

Feminin di Hari Raya dengan imej bersanggul

Kita masih dalam mood berhari raya, kami paparkan bahagian seterusnya foto-foto Feminin di musim Aidilfitri, cuma kali kami himpunkan gaya mereka dengan imej bersanggul.

1. Menggayakan busana baju kurung Kedah mengikut warna tema setiap ahli Feminin beserta sanggul belakang yang mengekalkan ciri-ciri tradisional.



2. Kali ini Feminin bersanggul tocang dengan tatarias yang ala2 60an. Mengenakan kebaya ketat singkat dengan kain daripada material kulit menampakkan gaya retro dengan adunan moden.



3. Feminin menggunakan sanggul lintang bersaiz kecil dan menggayakan pakaian yang kuat dengan unsur-unsur tradisional. Namun dengan pemilihan material pakaian yang terkini dan make up yang agak berani, Feminin masih tampil kental dengan identiti mereka.



4. Feminin tampil ayu ala-ala gadis desa dengan memilih busana retro serta bersanggul tinggi. Dengan kretiviti mereka dalam berfesyen, Feminin memadankan gaya mereka dengan aksesori terkini iaitu rantai labuh dan sepit rambut yang menjadi trademark mereka.



5. Tak salah jika sekali sekala Feminin tampil dengan gaya lama, namun dengan kepintaran mereka melakukan 'match and matching' menampakkan gaya yang mereka tampilkan sesuai dengan sebarang zaman. Bersanggul satu dengan diselitkan bunga dan bersarung batik, Feminin tetap anggun dan menawan.



6. Feminin dan kebarung memang fesyen yang sinonim dengan mereka. Untuk menyesuaikan gaya mereka sebagai 'public figure' ia dipadankan dengan material warna terang dan kain bercorak pelikat, Feminin tetap dengan gaya yang tersendiri.



7. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Feminin memang terkenal dengan kebolehan mereka melakukan 'match and matching'. Jika anda perasan, baju ini pernah digayakan dengan sanggul tinggi (sila rujuk nombor 4), tetapi ia dipadankan dengan kain kulit yang pernah digayakan dalam penampilan mereka sebelum ini (sila rujuk nombor 1 dan 2). Untuk menampakkan kelainan, Feminin mendandan rambut secara sikat tengah yang diadunkan dengan dua sanggul kecil dibelakang.



8. Penampilan terakhir Feminin sempena Aidilfitri sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Walau bagaimanapun, untuk kesekian kalinya hanya As dan Yatie sahaja yang masih meneruskan perjuangan Feminin pada masa itu dengan Watie dan Deq Nor sibuk dengan urusan peribadi. Walaupun duo ini tampil dengan gaya sopan tetapi 'tarde mark' Feminin masih menebal dalam penampilan mereka dengan pemilihan material yang tersendiri disertakan dua sanggul, satu dibelakang dan satu dihadapan. Memang unik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan