Khamis, September 23, 2010

Photos Collection - Hari Raya (Part 3)

Feminin di Hari Raya dengan imej bersanggul

Kita masih dalam mood berhari raya, kami paparkan bahagian seterusnya foto-foto Feminin di musim Aidilfitri, cuma kali kami himpunkan gaya mereka dengan imej bersanggul.

1. Menggayakan busana baju kurung Kedah mengikut warna tema setiap ahli Feminin beserta sanggul belakang yang mengekalkan ciri-ciri tradisional.



2. Kali ini Feminin bersanggul tocang dengan tatarias yang ala2 60an. Mengenakan kebaya ketat singkat dengan kain daripada material kulit menampakkan gaya retro dengan adunan moden.



3. Feminin menggunakan sanggul lintang bersaiz kecil dan menggayakan pakaian yang kuat dengan unsur-unsur tradisional. Namun dengan pemilihan material pakaian yang terkini dan make up yang agak berani, Feminin masih tampil kental dengan identiti mereka.



4. Feminin tampil ayu ala-ala gadis desa dengan memilih busana retro serta bersanggul tinggi. Dengan kretiviti mereka dalam berfesyen, Feminin memadankan gaya mereka dengan aksesori terkini iaitu rantai labuh dan sepit rambut yang menjadi trademark mereka.



5. Tak salah jika sekali sekala Feminin tampil dengan gaya lama, namun dengan kepintaran mereka melakukan 'match and matching' menampakkan gaya yang mereka tampilkan sesuai dengan sebarang zaman. Bersanggul satu dengan diselitkan bunga dan bersarung batik, Feminin tetap anggun dan menawan.



6. Feminin dan kebarung memang fesyen yang sinonim dengan mereka. Untuk menyesuaikan gaya mereka sebagai 'public figure' ia dipadankan dengan material warna terang dan kain bercorak pelikat, Feminin tetap dengan gaya yang tersendiri.



7. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Feminin memang terkenal dengan kebolehan mereka melakukan 'match and matching'. Jika anda perasan, baju ini pernah digayakan dengan sanggul tinggi (sila rujuk nombor 4), tetapi ia dipadankan dengan kain kulit yang pernah digayakan dalam penampilan mereka sebelum ini (sila rujuk nombor 1 dan 2). Untuk menampakkan kelainan, Feminin mendandan rambut secara sikat tengah yang diadunkan dengan dua sanggul kecil dibelakang.



8. Penampilan terakhir Feminin sempena Aidilfitri sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Walau bagaimanapun, untuk kesekian kalinya hanya As dan Yatie sahaja yang masih meneruskan perjuangan Feminin pada masa itu dengan Watie dan Deq Nor sibuk dengan urusan peribadi. Walaupun duo ini tampil dengan gaya sopan tetapi 'tarde mark' Feminin masih menebal dalam penampilan mereka dengan pemilihan material yang tersendiri disertakan dua sanggul, satu dibelakang dan satu dihadapan. Memang unik!

Selasa, September 14, 2010

Photos Collection - Hari Raya (Part 2)

Feminin di Hari Raya dengan imej berselindang

Seperti yang dijanjikan, kali ini Just Feminin ingin berkongsi kenangan mood raya bersama foto-foto Feminin ketika mereka menggunakan imej berselindang.

Rata-rata foto-foto ini diambil ketika album studio ketiga mereka dipasarkan. Ketika itu, imej Feminin lebih ke arah kedewasaan dan bersesuaian dengan imej yang dipilih.

1. Feminin mengenakan baju kurung Kedah berpotongan kebaya pendek dan kain mengikut tema ahli-ahli Feminin beserta selendang putih.



2. Berkebaya nyonya dengan rambut di tocang 2 kecil dengan selendang putih yang dilepaskan.



3. Feminin menggayakan fesyen raya moden yang lari dari kebiasaan tetapi masih mengekalkan nilai-nilai ketimuran. Dengan berskirt kulit hitam disertakan jubah jarang putih dan berselindang putih jelas menampakkan keeleganan dalam mencipta kelainan.



4. Antara foto-foto terakhir Feminin untuk musim perayaan sebelum mereka mengundurkan dari dari arena muzik tanahair. Walaupun bergaya simple dengan skirt labuh hijau dan sarung satin hijau, Feminin masih berjaya mengekalkan ciri-iri keanggunan dan nilai prestij kumpulan wanita padu suara Malaysia yang unggul.



5. Ini antara foto-foto hari raya yang kami gemari. Menggayakan kebaya labuh dan berkain batik beserta selindang mengikut tema ahli Feminin masing-masing. Sesi fotografi bersama kumpulan Shades ini cuba menunjukkan sisi lain Feminin daripada remaja kelincahan kepada wanita kedewasaan.



6. Masih ketika sesi fotografi bersama kumpulan Shades, kali ini Feminin menukar penampilan dengan berbaju kurung Kedah dengan tocang 2 bulat. Sesuai digayakan untuk mereka yang lincah dan ceria di pagi Aidilfitri.

Isnin, September 06, 2010

Photos Collection - Hari Raya (Part 1)

Feminin di Hari Raya dengan imej berambut pendek

Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelma... Just Feminin ingin berkongsi kenangan mood raya bersama foto-foto Feminin.

Untuk bahagian pertama ini, Just Feminin kumpulkan foto-foto Feminin ketika mereka berimej rambut pendek. Enjoy the moment and don't forget to keep in touch with us for the next part!!!

1. Menggayakan baju kebaya moden dengan menggunakan material songket penuh.



2. Berbaju kurung moden dengan memakai sebelah anting-anting cincin besar.



3. Kebarung dengan warna tema setiap ahli Feminin (kecuali Watie kerana tidak mengenakan warna hijau) sekali dengan sepit rambut Feminin yang menjadikan ikutan suatu ketika dahulu.
  


 



4. Mengenakan  fesyen hibrid baju kurung Kedah dan kebaya pendek beserta klip rambut hitam.



5. Fesyen raya moden dengan jubah berbentuk kebaya labuh daripada material kain lace.

Khamis, September 02, 2010

Songs & Lyrics - Kurniaan Di Hari Raya

Tajuk Lagu : Kurniaan Di Hari Raya
Komposer : Nassir Abu Kassim
Penulis Lirik : Nassir Abu Kassim
Album : Seikhlas Budi Aidilfitri
Download - KURNIAAN DI HARI RAYA





Sucinya pagi ini yang melewati hari
Sayupnya terdengar suara azan bergema
Sinaran oh cahaya tiada terhingga rasa
Itu kurniaan agungnya Maha Esa
Chorus:
Selamat berhari raya
Ampun maaf di pinta
Betapa mesra ku rasa
Di hari yang mulia
Linangan airmata rela ku serah segala
Kasih dan sayang berkekalan selamanya
Senyuman dan ketawa teman sanak saudara
Di hari raya bersama kita gembira
Ulang Chorus
Lupakan segala sengketa marilah kita bersama
Mendoakan agar sejahtera oh hendaknya
Desa ku yang tercinta sayunya merindukan
Ayah dan ibu oh di pagi Syawal
Ulang Chorus 2 kali
Yeah… Yeah...
Selamat hari raya
ohh... ohh...