Ahad, April 08, 2018

Photos Collection - From FEMININ With Luv (Part 2)

Sungguh lama blog kita ini tidak dikemaskini. Bukan kerana Feminin telah tiada dihati tetapi kerana kekangan masa dan keterbatasan ruang membuatkan kami tidak mampu untuk berkongsi seperti biasa.... Maafkan kami atas perkara itu.

Untuk entri 'pertama' tahun ini kami kongsikan saat-saat indah GOFF bersama kumpulan kesayangan kita ini yang sempat GOFF kongsikan kepada kami. Detik-detik penuh makna ini mungkin tidak akan berulang kembali namun akan terus segar dalam kenangan manis kita bersama.


Salah seorang GOFF yang berkongsi kenangan bersama Feminin di belakang pentas pada salah satu acara dalam rangka promosi album 'Kurniaan Di Hari Raya'.


Ini pula GOFF bersama Feminin dalam konsert intimewa mereka yang telah diadakan di kota keriangan Genting Highlands. Seingat kami konsert ini telah mendapat sambutan hangat daripada peminat semua.


Keluarga Feminin yang sempat GOFF rakamkan setelah mereka mengundurkan diri dari dunia seni. Terlihat kebahagiaan masing-masing bersama anak-anak mereka...


Mungkin gambar-gambar ini tidaklah sehebat yang dirakamkan oleh jurufoto profesional tetapi nilai yang terhasil tidak lekang ditelan zaman. Terima kasih GOFF atas perkongsian ini. Teruslah menyokong kami kerana Feminin is OK!