Lama rasanya kami tidak berkongsi foto-foto Feminin ketika mereka masih berlima. Detik-detik indah bermulanya legasi hebat FEMININ.
Dengan keterbatasan sumber memandangkan tempoh ketika Feminin berlima tidak lama ditambah pula foto yang disimpan bukan dalam bentuk digital, namun dengan koleksi yang masih ada dalam simpanan, kami siarkan untuk tatapan dan kenangan bersama.
Gambar yang diambil dari cover album debut mereka, walaupun tatarias dikenakan agak ringkas namun bijak memilih pakaian dengan warna terang, ternyata pilihan yang berjaya menarik perhatian umum. |
Apabila sudah mencapai populariti, Feminin bijak menukar imej yang tidak gagal mendapat perhatian umum dan kekal menjadi ikutan bagi mereka yang gemarkan fesyen terkini. |
Beranting-anting sebelah juga antara gaya yang diperkenalkan oleh Feminin. Ini adalah foto semasa mereka mula berempat dengan desas-desus Along untuk meninggalkan Feminin sudah mula diperkatakan. |
Walau apa pun yang berlaku, Feminin masih belum ada galang gantinya dan terus menjadi lagenda sebagai antara kumpulan padu suara wanita yang disegani sehingga kini. Moga kenangan hebat ini kekal mekar selamanya.