Khamis, Oktober 08, 2015

From Fan with LUV

Bagi mereka yang membesar dalam era 80-90an pasti mengetahui selain mengutus surat kepada artis pujaan mereka, ruangan 'Tanya Khabar' dalam penerbitan media cetak berunsur hiburan turut menjadi pilihan dan perhatian peminat dalam merapatkan lagi hubungan dengan artis. Pada era itu, internet amat asing dan sudah pasti tiada media sosial yang boleh digunakan seperti sekarang dalam mengetahui perkembangan artis yang diminati.

Ruangan khas ini sering menjadi tumpuan khususnya remaja untuk menghantar sebarang persoalan untuk dijawab sendiri oleh artis yang ditanya. Feminin yang memang punya ramai pengikut turut selalu muncul dalam ruangan ini bagi berkongsi segala persoalan yang diajukan oleh peminat mereka. Berikut kami sertakan antara contoh soalan serta ulasan yang sempat dihantar peminat Feminin.




Rabu, September 09, 2015

As Feminin @ Pi Mai Pi Mai Tang Tu




Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 1990an pasti mengenali rancangan sitcom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Rancangan komedi ini yang pernah disiarkan di stesen televisyen TV3 telah mendapat rating tontonan yang amat tinggi setiap kali ditayangkan. Pada kebiasaannya, setiap episod akan diundang seorang atau dua artis sebagai tetamu jemputan bagi memeriahkan lagi sitkom ini.

Dengan taraf rancangan mesti tonton yang dimilikinya, pihak produksi amat memilih dalam menampilkan artis jemputan. Selalunya hanya mereka yang mempunyai populariti hebat akan diundang. Maka untuk itu bukan suatu yang menghairankan apabila Feminin pernah tampil dalam sitkom hebat ini. Bagi menyesuaikan dengan jalan cerita serta kesediaan anggota Feminin untuk berlakon ketika itu, hanya As seorang yang muncul dalam sitkom ini untuk episod 'Pintar Sekejap'.

Dalam episod ini As telah membawakan watak sebagai seorang wartawan bernama Julia yang ditugaskan untuk mewawancara salah seorang penduduk flat Seri Wangi yang didakwa mempunyai kepintaran luar biasa. Banyak momen lucu yang berjaya diwarnai As dalam episod ini dan lakonan As juga walaupun tidak sempurna tetapi boleh diterima serta tidak menghambarkan. Satu usaha yang amat membanggakan! Episod ini telah ditayangkan sekitar tahun 1997.

Rabu, Ogos 26, 2015

Pengancam Perkahwinan - Special Tribute to Feminin




Satu yang amat membanggakan apabila Feminin masih terus mendapat perhatian serta penghargaan walaupun telah begitu lama meninggalkan dunia seni. Kali ini hasil seni mereka 'dirai' dalam sebuah telemovie terbitan tahun 2014 yang bertajuk 'Pengancam Perkahwinan' bila mana lagu-lagu Feminin telah dipilih oleh pihak produksi untuk dijadikan lagu tema dan juga lagu latar.

Telemovie arahan dan lakon layar oleh Syahir Ismail dan Tam Suhaimi yang bergenre percintaan ini memang bertepatan untuk diserikan dengan lagu-lagu Feminin yang kebanyakkan berlirikan kisah cinta. Sebagai kemuncak, tribute persembahan oleh pelakon-pelakon dengan barisan lagu popular Feminin telah didendangkan di akhir telemovie.

Antara pelakon yang menggelarkan diri mereka kumpulan The Flames iaitu Sherry Ibrahim, Kilafairy dan Intan Ladyana telah memilih lagu seperti 'Untukmu', 'Rindu' serta 'Kembali' yang disampaikan dengan cara mereka sendiri. Hasilnya amat menarik dan cukup membanggakan. TERIMA KASIH atas usaha hebat ini!!!

Rabu, Ogos 19, 2015

Feminin Snapshot Magazine - Part 2

Menyedari nama Feminin yang cukup besar serta mampu menarik perhatian pembaca, maka tidak hairanlah mereka sering dipilih untuk menghiasi majalah-majalah hiburan khususnya berkonsepkan hiburan untuk dijadikan bahan cerita. Untuk memastikan Feminin bukan sekadar picisan, mereka sering tampil dengan cerita-cerita baru mengenai perjalanan seni mereka sambil memperkenalkan imej, gaya serta busana terkini yang menjadi pilihan Feminin. Cerita-cerita yang menyentuh hal-hal peribadi seboleh mungkin tidak akan dikongsi bagi memastikan nilai eksklusif mereka.

Bagi mengimbau detik-detik indah itu, kami kongsikan lagi sebahagian 'snapshot' aksi dan kisah Feminin yang sempat mereka rakamkan. Part 2 ini kami kumpulkan antara 'snapshot' daripada penerbitan Kumpulan Utusan.


Terbitan untuk majalah URTV ketika mereka menjadi penghias muka. Semasa ini Feminin dalam rangka kerja promosi album 'Kini'.

Lirik lagu 'Kini' yang sedang top ketika itu turut disertakan dalam URTV edisi ini.

Selain memperkatakan mengenai album 'Kini', Feminin turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan imej terkini mereka iaitu berambut pendek.

Sekali lagi Feminin menjadi cover URTV dan kali ini mereka hadir dengan cerita album 'Kehadiran'.

Turut diselitkan kisah cinta setiap anggota Feminin, seusai dengan umur mereka yang telah menginjak angka 20. Seperti biasa mereka memperkenalkan imej baru mereka yang lebih Feminin sesuai dengan kematangan umur mereka.

Berpenampilan elegan dengan gaya kontemporari ketika dipilih menjadi pin-up majalah URTV.

Antara momen-momen akhir sebelum Deq Nor berundur. Majalah URTV memilih mereka sekali lagi menjadi penghias muka depan untuk keluaran sempena Ramadan. Selain bercerita mengenai puasa, Feminin turut membayangkan akan berundur apabila mereka telah bersedia untuk berpecah.

Feminin walaupun ketika ini hanya tinggal bertiga, kerana nilai yang masih ada mereka turut dipilih untuk menghiasi majalah. Kali ini majalah Hai.

Dalam edisi ini mereka berkongsi hala tuju karier mereka dan amat terbuka untuk menerima segala kemungkinan kerana masing-masing telah bersedia untuk berumahtangga.




Isnin, Julai 13, 2015

Khazanah Feminin GOFF!

Banyak cara boleh dizahirkan sebagai tanda sokongan peminat kepada artis yang mereka minati. Paling utama sebagai peminat pastinya kita akan seboleh mungkin mendapatkan segala hasil seni yang dihasilkan oleh Feminin. Album nyanyian mereka merupakan koleksi terbaik antara bukti kita menyanjungi Feminin. Kami amat berbesar hati untuk berkongsi koleksi album Feminin daripada GOFF semua...

Koleksi GOFF Mimi Yuhafiza

Koleksi GOFF Adzlan Lanz

Koleksi GOFF Snul Fik

Koleksi GOOF Emilda Hani

Koleksi GOFF Hm Sai Dean

Koleksi GOFF Nizam Arbain

Koleksi GOFF Noor Emli Ghani



Bagi kami, bukanlah menjadi kesalahan untuk GOFF meminati Feminin selagi ianya berlandaskan kepada sokongan yang positif dan tidak berlebihan. Semoga 'ikatan' antara GOFF dan Feminin akan berterusan dalam mengangkat serta memartabatkan hasil seni yang dihasilkan oleh Feminin.

Jumaat, Mei 29, 2015

Discography - Siri Mampu Miliki : Koleksi Lagu-Lagu Terbaik Feminin


• Tajuk Album : Siri Mampu Miliki : Koleksi Lagu-Lagu Terbaik Feminin
• Terbitan : Warner Music
• Penerbit : Warner Music
• Tahun Diterbitkan : 2014
• Jumlah Trak : 14 lagu
• Lagu Popular : Untukmu, Kini, Suatu Hari Nanti & Cinta Abadi
• Jumlah Jualan : Melebihi 5000 unit


Ulasan :

Menyedari bahawa masih ada permintaan terhadap produk atas nama Feminin, pihak Warner Music mengambil kesempatan melancarkan satu lagi album kompilasi untuk kumpulan Feminin. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai album ini kerana hampir sebahagian pilihan lagu pernah terdapat dalam album-album kompilasi mereka sebelum ini. Hanya terdapat satu atau dua lagu yang belum pernah disertakan dalam mana-mana kompilasi mereka seperti lagu Suatu Hari Nanti dan Cinta Abadi. Disertakan juga lagu-lagu bonus daripada album CD 'Kini' iaitu Tanpa Curiga dan Cinta Pertama menjadikan kompilasi ini sedikit unik dan bernilai untuk dimiliki.

Untuk 'cover album' kompilasi kumpulan Feminin yang keempat ini pula, pihak Warner Music telah memilih foto yang pernah digunakan oleh Feminin untuk poster promosi album 'Kembali'. Bagi kami pilihan foto ini amat tepat kerana ia merupakan antara foto hebat yang pernah dilakukan oleh Feminin dengan teknik 'full face' yang memang menjadi salah satu kepakaran mereka. Walaupun tiada sebarang lagu baru atau rakaman terbaru, album ini masih mampu menjadi satu cenderahati untuk GOFF semua agar Feminin terus segar dan relevan sepanjang masa walaupun hakikatnya mereka telah tidak aktif lagi. Sementalah pula dengan harganya yang berpatutan iaitu RM14.40, tidak rugi rasanya untuk dijadikan koleksi.



Rabu, Februari 11, 2015

MTV Karaoke Album Kini - Part 2

Kami terus sajikan hiburan tanpa henti, kali ini karaoke bahagian 2 untuk album 'Kini'. Selamat berhibur!


Lagu ringkas dari segi susunan muzik mahupun senikata. Namun ia tetap catchy dan mesra telinga. Dibawa pula oleh Feminin dengan gaya yang cukup sederhana menjadikan lagu ini istimewa. 



Lagu ini merupakan antara lagu balada terbaik Feminin. Lagu putus cinta ini disampaikan dengan penuh penghayatan oleh Feminin.



Tidak perlu diperkatan dengan lebih banyak, lagu berentak dance music seperti ini sememangnya menjadi forte kepada Feminin.



Lagu berlirikan tentang kesatuan Feminin yang tetap utuh bersama walau apa pun yang melanda. Berentak hip hop juga diketahui umum sebagai genre kegemaran Feminin.



Track terakhir daripada album Kini ini sememangnya bersesuaian sebagai lagu penutup. Semua rencah dan kekuatan Feminin digabungkan dalam lagu ini. ianya terus segar melewati zaman.



Rabu, Januari 21, 2015

Karikatur Feminin

Populariti dan kegemilangan Feminin bukan sahaja menjadi buruan mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia seni tetapi turut mendapat perhatian kartunis untuk dijadikan bahan dalam hasil karya mereka. Berikut kami kongsikan antara karikatur berkaitan dengan Feminin.


Ini adalah antara karikatur terawal yang dapat kami kesan untuk Feminin. Ketika ini mereka masih berlima dan sedang dalam proses transformasi penampilan serta imej.

Ini pula karikatur Feminin untuk majalah URTV. Kami yakin kartunis ini mendapat ilham ketika Feminin menjayakan sesi promosi untuk album 'Kini' di Universiti Utara Malaysia.


Selain daripada kartunis, Feminin juga dijadikan inspirasi pelukis amatur untuk dipotretkan wajah mereka. Kami kongsikan antara hasil nukilan mereka untuk tatapan semua.

Hanya menggunakan pensil, lakaran muka depan album 'Kini' nampak menjadi. Tahniah kami ucapkan kepada pelukis.


Lukisan yang bersahaja tetapi tetap mempunyai nilainya yang tersendiri. Feminin dipotretkan ketika mereka tinggal berlima dan terlibat dalam rangka promosi album kompilasi pertama mereka.


Walaupun begitu bersahaja lukisan ini tetapi kami yakin jika anda seorang GOFF pasti anda dapat mengenali siapa yang dilukiskan oleh pelukis ini. Tidak dapat dinafikan hampir semua ciri-ciri Feminin ada dalam gambar ini.


Lagi dari pelukis yang sama cuma kali ini pelukis memilih untuk menampilkan Feminin dalam hitan dan putih.

Cukup unik dan menarik hasil lukisan ini. Pelukis berjaya menyerlahkan Feminin seolah-olah gambar sebenar.


Terima kasih kepada yang sudi berkongsi karya hebat mereka ini. Ia terus menjadi bukti pengaruh serta kesan yang ditinggalkan Feminin amat besar dan tidak dapat disangkal lagi.

Khamis, Januari 08, 2015

MTV Karaoke Album Kini - Part 1

Mari terus mengimbau kenangan indah kita suatu masa dahulu dengan mendendangkan lagu-lagu hebat nyanyian Feminin yang dipetik dari album 'Kini'. Seperti biasa bahagian satu ini kami sertakan 5 lagu dari side A album ini. Enjoy semua dan Selamat Tahun Baru 2015!!!



Sebuah lagu malar segar Feminin yang terus didengari serta diminati sehingga kini. Lagu ini turut menjadi 'killer song' dan tajuk album kedua mereka.



Sebuah lagu yang cukup rencah dan perisa, seolah-olah dicipta khusus untuk Feminin. Lagu berkisar kepada dunia percintaan dilihat sesuai dengan julat umur anggota Feminin yang mula menginjak remaja.



Lagi lagu cinta tetapi kali ini lebih berentak rancak. Rata-rata lirik lagu dalam album Kini banyak berunsurkan cinta remaja dan berjaya disampaikan dengan cara mereka yang tersendiri.



Lagu cinta ini pula berentak perlahan yang lebih kepada genre R&B. Suatu kelainan yang cuba ditampilkan oleh Feminin untuk album ini.



Lagu Wira cuba lari sedikit dari lirik klise cinta remaja. Lagu ini didendangkan Feminin sebagai penghargaan kepada wira mereka iaitu... AYAH...